𝑃𝑎𝑟𝑡 17🍁

246 19 13
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Laju kaki melangkah sambil mulut tidak henti terkumat - kamit membebel pada diri sendiri. Sudah tahu diri tu lambat, makin dibuatnya jadi lebih lambat.

"Tu lah kau Tiha! Tahu dah yang kau kena masuk kerja sekarang. Tapi sibuk juga nak beli kuih pandan ni! Kan dah mendapat, free - free jer kena beratur panjang!" Bebel dia pada dirinya tidak henti.

Tangan utuh memegang beg plastik berisikan kuih pandan. Dia kempunan nak makan kuih pandan tu yang bila nampak jer kuih itu dijual terus dia mahu membelinya.

Sampai terlupa yang dia perlu masuk kerja sedikit awal hari ni. Nasib sahaja Uwais tidak mengetahui tentang dia yang keluar pejabat selepas lelaki itu beredar ke tempat yang perlu dia tujui.

Terlupa pula Fatihah mahu bertanya ke mana Uwais mahu pergi. Ah, tak mengapa lah itu bukan urusan dia.. Yang penting sekarang dia perlu cepat sampai ke office sebelum boss dia yang sampai dulu.

Naya pak abu jer kalau dia sampai lambat sebelum boss nya itu. Mahu di tazkhirah Fatihah 3 tahun! Itu tak apa lagi, kalau di pecatnya. Bagaimana?! Mahu tercekik meggi dia buatnya.

Sekali tu, Fatihah belikan lebih kuih tersebut. Boleh lah dia bagi pada Mirah dan staff - staff yang lain, ehem.. Termasuklah si pujaan hati dia Tuan Uwais!

Bila teringatkan wajah kacak boss sendiri terus Fatihah senyum - senyum malu. Dia sangat happy kerana Uwais sudi untuk ambil dan hantar dia pulang dalam masa 2 hari ini.

Lepas Qaseh sihat, adakah Uwais tidak akan mengambil dan menghantar dia pulang lagi? Fikirkan itu membuatkan senyuman Fatihah pudar bergantu muncung yang panjang.

Akibat dari berjalan tanpa memandang kedepan Fatihah tidak sengaja terlanggar seorang gadis yang tinggi lampai yang cantik.

"Aduh!" Desis Fatihah dan gadis itu. Membulat terus mata Fatihah selepas menyedari dirinya telah pun melanggar orang!

Apa yang kau buat ni Tiha?!..

Dia terus meminta maaf berkali - kali dengan kepala yang ditundukkan sebelum di angkat memanah tepat ke wajah gadis itu.

Alangkah terpegun nya Fatihah tatkala matanya di jamukan dengan wajah yang cantik bak bidadari.

Alis yang terbentuk.

Bulu mata panjang yang lentik.

Mata yang berwarna coklat keperang - perangan.

Dan.. Ya, bibir nya. Bibir mugil yang merah dan cantik. Sekali pandang pasti semua jejaka akan jatuh cinta padanya.

"Beautiful" Tanpa Fatihah sedar perkataan itu terluncur keluar sendiri dari bibirnya. Gadis itu terkedu sebelum dia ketawa kecil.

Tangan dilambai - lambaikan dihadapan mata Fatihah yang masih khusyuk menatap dirinya. Sebelum dia memetik jarinya kuat dihadapan Fatihah.

"Hello! Miss!" Panggil gadis cantik itu. Terus Fatihah tersedar dari lamunan nya. Dia menatap gadis itu malu.

Kenapa lah kau tenung anak dara orang macam tu?!..

"C-cik, saya minta maaf yer? Saya tak sengaja terlanggar Cik. Cik tak apa - apakan?" Kata Fatihah. Gadis itu hanya senyum kecil sahaja.

"Nope, I tak apa - apa. Cuma, I nak pesan pada you kalau berjalan tu silalah pandang kehadapan. Well takut - takut kalau you sendiri yang dapat sakit akibat dari kecuaian you" Kata Diandra pada Fatihah.

Fatihah senyum kekok. Betul lah tu apa yang gadis cantik ini katakan. Fatihah ni memang cuai pun!

"Baiklah saya akan ingat pesanan Cik. Ouh yer, nah!" Fatihah menghulurkan kuih sebungkus kecil kuih padan itu pada Diandra.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now