Part 37🍁

432 28 6
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Diandra mengusap perutnya yang sudah membulat itu. Kandungan telah mencecah 4 bulan, Diandra sungguh gembira melihat kandungan nya semakin membesar. Bermakna bayi nya berada dalam keadaan yang sihat.

"Anak mummy.." Diandra berkomunikasi dengan anak nya.

"Harini kita pergi check up baby yer? Mummy tak sabar sangat nak tahu jantina anak kesayangan mummy ni" Kata Diandra berbisik. Jam yang berada di tangan dia tilik.

"Mana lah daddy kamu ni sayang.. Janji pukul 12. Ni dah pukul 2:30 dah ni, batang hidung pun tak nampak.." Diandra membebel sendiri.

"Entah - entah Daddy busy taknyer sayang? Mesti Daddy ada meeting ni.. Takpe, kita tunggu sikit lagi yer? Kejap lagi Daddy sampai lah tu" Diandra bangkit menuju ke arah dapur rumah lalu air susu di capai. Dia meneguk segelas susu tersebut sambil mata tidak lepas dari melihat pintu rumah.

***
Pintu rumah di buka, Uwais melangkah masuk kedalam rumah itu lalu dia merebahkan badannya ke atas sofa yang empuk. Mata dipejamkan rapat lalu tali leher di longgarkan.

"Dian" Panggil Uwais perlahan.

"Diandra," Tiada sahutan. Mata dibuka lalu Uwais meliarkan pandangan ke sekeliling rumah. Dahinya berkerut seribu. Ke manakah Diandra? Selalunya Diandra akan menunggu Uwais pulang, namun sekarang kelibat isterinya langsung tidak kelihatan.

Uwais bangun menuju ke arah tangga lalu dia membawa diri ke arah bilik tidur. Pintu bilik dikuak dari luar secara perlahan. Uwais menapak masuk kedalam bilik tersebut, secara spontan matanya terpaku pada susuk tubuh yang kemas dengan dress labuh tersarung pada badan yang sedang tertidur pulas di atas katil.

Uwais mendekati isterinya, lalu dia melabuhkan punggung di birai katil. Wajah Diandra yang dihiasi dengan sedikit make up bagi menambah seri di elus lembut. Lama Uwais menatap isterinya sebelum dia tersentak. Laju tangan mencari telefon pintar.

Dibuka log panggilan dan disitu tertera miss call dari Diandra sebanyak 95 kali. Terbeliak mata Uwais.

"Ya Allah! Isteri aku! Ya Allah, macam mana aku boleh lupa hari ni hari check up baby?!" Uwais berkata - kata sendiri secara berbisik. Dia tidak mahu membangunkan Diandra.

"I'm sorry Dian.. I terlupa, I busy sangat tadi sampai I silent fon I. That's why I tak angkat call you" Ujar Uwais lembut.

"Benda penting macam ni pun you boleh lupa?" Diandra bersuara dengan mata yang masih terpejam sebelum dia membuka matanya perlahan - lahan. Uwais terkejut. Diandra bangkit dari baringan lalu dia menyandarkan badannya pada kepala katil.

"I'm sorry Dian. I betul - betul tak sengaja, I terlupa. I'm sorry love," Uwais mencapai tangan Diandra lalu di elus. Diandra mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia terasa hati dengan Uwais. Lama dia tunggu suaminya, alih - alih suaminya lupa?!. Isteri mana yang tak terasa hati?

"Tepi, I nak tukar baju. Baby letih, baby nak tidur." Mendatar suara Diandra. Dia menuruni katil perlahan - lahan. Uwais ingin membantu namun Diandra menepis perlahan. Dia merajuk dengan Uwais.

Tiba di tempat pakaian, Diandra melepaskan tangisan nya. Dada di urut - urut bagi menghilangkan rasa sakit yang bertandang. Bukan sakit jantung, tapi sakit hati. Hatinya benar - benar terluka. Sampai hati Uwais lupa perkara penting ini? Diandra sangat kecewa.

Dia ibu mengandung, emosinya tidak stabil. Jadi perkara yang dianggap remeh akan menjadi perkara yang paling penting untuknya. Diandra sangat sensitive.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now