𝑃𝑎𝑟𝑡 18🍁

271 17 7
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Dia tersenyum - senyum sendirian sambil memegang remote tv. Matanya memandang ke arah skrin tv namun fikiran melayang ke tempat lain.

"Nah, aaa.. Buka mulut" Arah Uwais sambil tangan naik menyuakan ayam percik untuk disuapkan pada Fatihah.

Fatihah terkedu. Matanya memandang ke arah Uwais dan ayam itu berkali - kali.

"Kenapa? Buka lah mulut saya suapkan" Kata Uwais sekali lagi. Namun laju Fatihah menggeleng.

"Eh, tak apa lah Tuan. Saya boleh suap sendiri.." Tolak Fatihah lembut. Uwais mahu menyuap dia?! Tak nak lah! Malu lah..

Uwais memasamkan mukanya. Dia melepaskan keluhan sedih. Muka sengaja di buat - buat sayu.

"Takpe lah.. Orang dah tak sudi kan, yer lah kita ni siapa jer pada dia.." Rajuk Uwais yang dibuat - buat. Fatihah sudah melopong.

Merajuk ker? Biar papaya Tuan dia ni? Fatihah senyum hambar sebelum dia menjulingkan mata ke atas.

"Yer lah.. Aaaaa" Fatihah memuka mulut agar Uwais dapat menyuapkan makanan itu ke dalam mulutnya.

Terus Uwais senyum lebar lalu tangan menyuapkan Fatihah ayam percik tersebut. Mereka ketawa kecil sebelum Fatihah pula yang menyuap Uwais nasi ayam.

Mengingatkan kejadian romantik tadi membuatkan muka Fatihah merona merah! Uwais, kenapa lah dia tu sweet sangat? Fatihah tak boleh lah macam ni!

Qaseh yang baru sahaja keluar dari dapur menatap sepupunya itu pelik. Tersengih - sengih macam kambing. Dah kenapa? Kena sampuk ker apa?

Dia mendekati sepupunya itu sebelum ditepuk bahu Fatihah sedikit kuat membuatkan gadis itu terkejut lalu beristighfar panjang.

"Astaghfirullahhalazim! Qaseh!" Ucap Fatihah kerana terkejut sebelum dia memarahi sepupu nakal dia itu.

"Tu mendapat dia! Berangan lagi! Yang kau tersengih - sengih sampai ke kepala tu dah kenapa? Dapat gaji lebih ker?" Tegur Qaseh sebelum dia melabuhkan punggung nya ke atas sofa disebelah Fatihah.

Fatihah membuat muka malasnya.

"Gaji apa cik Qaseh oii. Baru berapa hari kerja nak gaji dah? Seminggu pun tak sampai lagi tau!" Balas Fatihah seraya dia mencapai kerepek pisang lalu dimakan nya.

"Tahu pun.. Dah tu yang kau sengih - sengih tu asal? Kau dah ada pakwe ker?!" Teka Qaseh melulu.

Membulat mata Fatihah lalu dia menepuk peha Qaseh sedikit kuat. Mendesis gadis itu sakit lalu cepat - cepat dia menggosok peha yang baru sahaja menjadi mangsa tepukan Fatihah.

"Sakit lah Tiha!!.." Rengek Qaseh sambil meniup - niup peha nya. Alahh macam ada api pula dibuatnya.

"Tahupun sakit, lain kali merepek lah lagi!" Kata Fatihah sebelum dia turut sama menggosok peha sepupunya itu.

Kesian pula dia tengok Qaseh. Dah lah comel. Fatihah kemudian mencapai satu bantal kecil yang berada di atas sofa lalu dipeluk nya.

"Dah tu, kenapa kau sengih - sengih? Aku tanya taknak jawab!" Protes Qaseh. Dia mensisip sedikit air yang dibuatnya sebelum dia meletakkan cawan tersebut ke atas meja.

Fatihah senyum simpul.

Ketara sangat ker?..

"Memang ketara pun!" Kata Qaseh lagi seakan tahu apa yang berada difikiran Fatihah. Fatihah tercegang sebelum dia menjeling sepupunya manja.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now