𝑃𝑎𝑟𝑡 34🍁

320 21 6
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Fatihah termenung mengingati semula kata - kata Uwais padanya pada petang tadi.

'Awak orang yang penting buat saya'

Ralit dia termenung sehingga dia langsung tidak sedar akan air yang dituang nya sudah tumpah ke lantai rumah. Qaseh yang baru sahaja tiba di ruang dapur memerhatikan Fatihah lama.

Kemudian matanya terpandang ke arah air yang sudah tumpah ke lantai. Laju dia meluru ke arah Fatihah lalu tangan sepupu nya di tepuk sedikit kuat bagi menyedarkan Fatihah ke dunia nyata.

"Tihah!" Tegur Qaseh sedikit meninggi suaranya. Fatihah yang tersentak memandang Qaseh seketika sebelum otak nya memproses apa yang telah jadi.

Laju Fatihah mengelap air yang sudah tumpah. Habis banjir dapur sebab dia sorang je.

"Ya Allah, Qaseh. Aku, aku minta maaf. Aku tak perasan tadi" Gelabah Fatihah. Qaseh memandang sepupunya itu lama sambil mengeluh perlahan.

"Apa yang dah jadi ni Tihah? Kau sihat ke tak ni? Ada apa - apa yang kau nak cerita dengan aku ke?" Tanya Qaseh prihatin terhadap nya. Fatihah diam seketika.

"Aku.."

"Aku tak tahu Qaseh. Aku tak tahu apa yang aku patut buat sekarang" Balas Fatihah perlahan lalu kaki dibawa ke arah ruang tamu. Punggung nya dilabuhkan ke atas sofa rumah.

"Apa yang kau tak tahu? Cerita lah, aku dengar" Qaseh mencuba lagi. Fatihah masih lagi berdiam diri. Tiada tanda - tanda untuk dia membuka cerita.

Qaseh senyum hambar. Tak mengapa, dia faham. Mungkin perkara ni terlalu peribadi buat Fatihah. Dia tidak mahu mendesak.

"Takpe lah kalau kau taknak cerita. Tapi, satu jer Tihah. Tolong buat keputusan, fikir dulu baik buruk dia. Jangan buat keputusan terburu - buru walau macam mana terdesak pun kau. Okay?" Pujuk Qaseh sebelum dia bangkit dari duduknya.

Fatihah menahan debaran didada. Kain yang dipakai dia cengkam kuat.

"Dia sukakan aku."

Qaseh yang baru sahaja melangkah tiga tapak berhenti mendadak apabila mendengar ayat yang baru sahaja dilontarkan oleh Fatihah. Dahinya berlapis.

"Ha? Suka kau? Siapa yang suka kau?" Tanya Qaseh sambil berpaling ke arah Fatihah semula. Fatihah menunduk.

"Boss aku. Dia sukakan aku, Qaseh" Terang Fatihah sambil matanya perlahan - lahan naik memandang ke arah Qaseh. Qaseh terdiam.

"Then?"

"Aku. Aku tak tahu apa yang aku perlu buat. Aku kena balas semula atau tak" Kata Fatihah. Matanya mulai berair. Qaseh berjalan ke arah nya. Lalu diambil tempat berseberlahan Fatihah.

"Kau rasa? Apa yang kau rasa tentang dia? Hanya kau je yang tahu perasaan kau Tihah"

"Aku. Aku.." Fatihah menahan dirinya dari membalas.

'Aku pun sukakan dia. Tapi, dia dah ada isteri.. Aku tak sampai hati Qaseh. Namun, hati aku tak dapat menidakkan yang aku dah mula cintakan dia'

"Jadi apa jawapan nya Tihah?" Tanya Qaseh lembut seraya memegang tangan Fatihah. Diusapnya lembut sambil tersenyum.

"Aku tahu kau pun rasa benda yang sama terhadap dia. Jadi, jangan lah sembunyikan. Kalau kau rasa dia yang terbaik, teruskan. Aku pun tak rasa Uwais tu jahat, dia nampak bertanggung jawab. Terutama masa kau sakit" Tambah Qaseh. Tanpa dia tahu bahawa Uwais mempunyai isteri.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now