𝑃𝑎𝑟𝑡 38🍁

358 27 1
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

"Puan betul ni boleh duduk sorang - sorang? Kalau Puan takut, takpe saya tak pergi. Saya boleh teman Puan sampailah Tuan balik," Kata Endra dengan wajah yang agak cemas. Diandra menggeleng seraya tangan naik mengusap lembut bahu Endra.

"Tak perlu Endra, saya boleh jer duduk sorang - sorang. Awak balik lah Endra, anak awak tengah sakit. Dia perlukan awak sebagai ibu untuk jaga dia. Pasal saya awak tak perlu risau, saya boleh jaga diri..."

"Tapi Puan-.."

"Endra.." Diandra memintas. Dia faham Endra berbelah bahagi sama ada mahu pergi pada anak nya ataupun setia menjaga Diandra. Namun sebagai seorang ibu, Diandra memahami perasaan sebenar Endra.

Pasti wanita itu sangat risaukan tentang keadaan anak nya, jika perkara sebegini terjadi pada Diandra dia juga akan memilih untuk pergi kepada anaknya. Itu bagi seorang ibu. Manakan Diandra tidak dapat memahami.

"Pergi Endra. Anak awak tengah tunggu awak.." Kata Diandra membuatkan Endra menitiskan air matanya. Sungguh dia terharu dengan kemuliaan hati Diandra. Dia memeluk majikannya.

"Terima kasih Puan.. Terima kasih banyak - banyak Puan.."

"Tak perlu berterima kasih Endra. Saya faham perasaan awak, keadaan awak. Kita sama - sama seorang ibu. Jadi pergilah," Diandra melakar sebuah senyuman manis. Endra menganggung laju sebelum dia berlalu pergi.

Diandra menatap pemergian pembantu rumah nya, seraya tangan mengusap lembut perut nya sendiri. Dia tersenyum manis.

"Anak mummy.. Keluar cepat yer sayang.. Mummy tak sabar nak jumpa dengan anak mummy ni," Diandra berbicara dengan anak nya.

Malam menjelang. Jam yang berada di dinding rumah Diandra tatap lama. Sudah dekat jam 10:45 namun batang hidung Uwais masih tidak kelihatan. Sungguh Diandra kesunyian.

Sejak kandungan nya berusia 2 bulan, Uwais semakin sibuk dengan kerjanya memandangkan dia telah mendapat projek baharu. Rezeki anak mereka lah katakan. Namun kerana sibukkan kerja Uwais telah mengabaikan Diandra.

Sehingga pada hari cuti pun Uwais berkerja. Seperti sekarang lah. Hari Ahad pun masih berkerja. Punyalah dia mahu jayakan projek sehingga tiada masa langsung buat Diandra dan anak mereka.

Telefon dicapai lalu nombor suaminya didail.

"Hello?"

"Hello, yer Dian.." Jawab Uwais dengan nada suaranya yang kedengaran agak keras. Kepala di urut perlahan, dia sangatlah serabut ketika ini.

"You, bila you nak balik?" Tanya Diandra lembut. Dia rindukan Uwais, dia mahu bermanja dengan suaminya.

"I balik lambat sikit Dian. I ada banyak kerja lagi nak buat ni, banyak lagi yang settle. You tidur lah dulu"

"Tapi you.. I nak tidur dengan you. You balik lah awal, kerja tu boleh sambung esokkan?" Diandra cuba memujuk Uwais. Sebernanya dia lebih kepada takut bersendirian, dengan jam yang telah menunjukkan pukul 11:00.

"Dian please. I taknak tinggi suara dengan you, I taknak marah - marah you. Tolong faham apa yang I cakap tadi" Mendatar suara Uwais.

"Okay.. I faham"

"Good. Bye." Terus talian dimatikan. Wajah Diandra mendung. Namun dia tidak berputus asa, Diandra cuba mencari cara lain untuk memastikan Uwais pulang awal.

Sekali lagi nombor Uwais di dail. Apabila Uwais mengangkat call, wajah Diandra yang mendung terus bertukar ceria.

"You! I teringin nak makan daging salai, you tolong belikan boleh tak? Please.. I teringin sangat youuuu" Suara Diandra bertukar manja.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें