𝑃𝑎𝑟𝑡 22🍁

288 15 6
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Tangan mencapai sayur brokoli lalu di lihat - lihat dengan penuh teliti. Kemudian dia mencapai sayur kubis bunga lalu di membelek - belek sayur itu bagi memastikan sayur tersebut elok dan tidak rosak.

Sedang ralit dia memeriksa sayur - sayuran tersebut telinga nya menangkap suara - suara asing yang sedari tadi tidak habis daripada memuji suaminya.

Berdesing telinga dia tatkala mendengar ayat - ayat pujian yang keluar daripada mulut - mulut gadis - gadis gedik tersebut. Tidak jauh daripada tempat dia berdiri.

Matanya melirik ke arah si suami yang sedang ralit berbual dengan anak mereka sambil mengenalkan jenis - jenis sayur. Dilihat pakaian yang suaminya kenakan.

Tak menggoda mana pun. Tetapi masih lagi gadis - gadis gedik itu semua menatap suaminya bagai mahu ditelan! Ada lah juga yang dia ketuk pakai lobak merah ni kang! Dasar gatal!

Api cemburu mula marak naik tatkala mendengar ayat yang keluar daripada salah seorang gadis tak tahu malu itu.

"Tengok tu, handsome nya dia! Itu anak dia kan? Dia tu duda ker?" Tanya seorang rakan mereka.

"Entah. Yer kot, alah lantak lah duda ker tak duda ker kalau dah handsome tu. Handsome jer lah!" Balas seorang lagi dengan nada yang cukup menggedikkan.

Lis Areeda menahan amarahnya. Diikut kepala dia, memang dia nak jerit pada muka gadis - gadis miang itu memberitahu bahawa Firash Danish ialah suami dia! Muktamad! Jangan ada sesiapa lagi yang berani nak mengacau suami dia.

"Tapikan, tadi aku nampak dia jalan dengan perempuan tu. Entah - entah tu wife dia kot" Kata seorang lagi sahabat mereka sambil matanya melirik ke arah Lis yang pura - pura tidak mendengar.

Mereka terus memandang ke arah Lis serentak. Sebelum dijeling nya Lis menyampah.

"Alah kau ni! Entah - entah tu maid dia. Mana kita nak tahu. Zaman sekarang maid pun boleh menggatal dengan majikan sendiri!" Tuduh gadis itu sesedap rasa makcik dia sahaja.

Lis menggenggam lobak merah ditangan nya dengan kuat sambil gigi diketap rapat.

Sabar Lis, sabar...jangan buat hal Lis, ni tempat awam..

Lis mendengus sedikit kuat sambil tangan mencapai sayur yang dia mahukan dengan kasar. Tiba - tiba badannya tersentak tatkala dia merasakan ada tangan yang menjalar dipinggang nya.

Tidak perlu dia pusing bagi melihat si gerangan, sudah dia tahu siapakah orang itu melalui minyak wangi yang dipakainya. Lis membuat muka bosan.

Firash memeluk si isteri erat sebelum dia bertanyakan pada Lis.

"Sayang dah siap pilih barang ker?" Tanya Firash lalu dia melabuhkan dagunya ke atas bahu Lis. Tangan nya pula menggenggam tangan Lis yang sedang erat memegang sayur kubis.

Lis hanya menjawab dengan 'hurm'. Sejujurnya hati dia sakit sekarang ni!

"Jangan pedulikan diorang semua tu sayang, saya cuma pandang sayang sorang jer. Tak nak jeles - jeles oky? Nanti tak comel lah baby girl saya ni" Kata Firash memujuk si isteri. Terus Lis senyum malu. Dia mengangguk kecil dengan sengihan dibibir.

Laticia dan Aaron yang melihat terus menutup mata mereka menggunakan kedua belah tapak tangan yang kecil itu.

"Mama dengan papa ni, jangan lah geli - geli dekat sini.. Nanti Ica jeles.." Kata Laticia kecil sambil matanya tertutup rapat. Aaron yang mendengar hanya mengangguk perlahan.

"Betul tu! Aaron pun jeles nanti, mama dengan papa geli - geli dekat rumah lah" Sambung Aaron petah. Terus Firash dan Lis ketawa kecil.

Pandai betul anak mereka itu. Geli - geli eh.. Siapa lah yang ajar. Lis sempat melirik ke arah gadis - gadis miang tersebut lalu dia senyum sinis. Sengaja Lis mengusap lengan Firash lembut.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now