𝑃𝑎𝑟𝑡 5🍁

318 23 6
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Mata nya tidak lepas dari meneliti bait bait perkataan yang tercetak kemas di atas kertas yang bersalut kan file biru pekat itu.

File ditutup seraya pandangan mula tertacap pada wajah si bakal pekerja atau pada erti kata lain PA nya.

"Mirah awak boleh tunjukkan tempat duduk Cik Fatihah dan beritahu apa yang patut dia lakukan" arah Uwais pada Mirah yang sudah tersiap sedia berdiri berseberlahan dengan Fatihah yang masih duduk berhadapan dengan Uwais.

Mirah mengangguk kecil seraya menjawab.

"Baik Tuan.." Jawab Mirah.

"Mari Fatihah" ujar Mirah lagi pada Fatihah sebelum dia menunduk hormat pada Uwais sudah memulakan kerja nya.

Tidak sedikit pun Uwais pandang dia ralit dengan komputer yang berada dipandangan matanya.

Fatihah yang berjalan di belakang Mirah masih memerhatikan Uwais senyap senyap dari luar bilik milik lelaki itu.

Mereka tiba di sebuah bilik yang tidak jauh dari bilik Uwais, kalau dilihat sebernanya bilik Uwais dan bilik PA nya itu terpisah dengan cermin besar yang ditutup menggunakan langsir emas.

Jika ditariknya langsir tersebut maka terpapar lah bilik besar Uwais.

Langsir yang sedikit terselak menampakkan wajah dingin Uwais yang sedang asyik focus dengan kerja nya. Terlihat segak disitu yer.

Mirah yang sedang menerangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh Fatihah terhenti seketika apabila dia menangkap mata Fatihah yang tidak lepas dari memerhati si Tuan.

Segera Mirah menegur Fatihah.

"Fatihah!" Sergah Mirah sedikit kuat.

Tersentak gadis itu seraya mengucap perlahan didalam hati.

Masyaallah bikin sakit jantung sahaja lah Mirah ni!

"Y-ya.." Jawab Fatihah sedikit tergagap.

"Dengar tak apa yang Mirah kata tadi?" Tanya Mirah.

Fatihah tersengih kekok. Kantoi usha boss sendiri sampai tak dengar apa yang orang cakap.

"Haa sengih sengih tu mesti tak dengar kan.." Teka Mirah sambil mata dibulatkan memandang kearah Fatihah.

"Maaf Mirah, Tiha tak focus" kata Fatihah sebersalah.

Mirah menggeleng kecil.

"Tahu lah Tuan tu hensem tapi jangan lah ditenung nya sampai nak meleleh air liur tu!" Perli Mirah.

Sekali lagi Fatihah tersengih hambar. Bibir nya digigit perlahan.

Tu lah kau Tiha siapa suruh tak pandai cover kan dah mendapat!...

"Mirah bukan apa, tapi sebaiknya lah kan Fatihah jangan rapat sangat dengan Tuan tu kalau boleh pandang lama lama pun jangan.." Kata Mirah seakan memberi amaran kecil pada Fatihah.

Gadis itu berkerut seribu. Tidak mengerti maksud Mirah.

"Tiha tak faham lah Mirah, kenapa Mirah cakap macam ni?" Tidak mengerti dirinya.

Mirah menyusun sedikit kertas yang berada diatas meja kerja milik Fatihah sebelum dia mendekati gadis itu.

Langsir yang sedikit terselak Mirah tarik bagi menutup nya semula. Kemudian dia menarik Fatihah agar duduk berseberlahan dengan dirinya.

"Tuan dah berkahwin nak dekat 2 tahun dah" ujar Mirah.

Fatihah tercegang sedikit.

Ouh suami orang rupanya..

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now