𝑃𝑎𝑟𝑡 13🍁

251 19 11
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Wajah lelaki dihadapan muka yang tidak asing pun baginya ditatap lama sebelum dia membuka bicara. Rasa macam bukan ini yang dia mahukan.

"Kenapa awak pula yang datang? Mana suami saya?" Tanya Lis pada Alex PA kepada suaminya Firash.

Alex senyum manis sebelum dia menunduk hormat sedikit lalu dia membalas.

"Tuan Muda tak dapat teman Puan Muda hari ni, jadinya Tuan minta saya datang untuk teman Puan beli barang" Kata Alex dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

Lis melepaskan keluhan kecil, Firash dah janji! Nanti, mesti ada benda yang tak kena sebab tu lah Firash tak boleh teman dia hari ni.

"Tell me, what is it?" Arah Lis dengan pandangan tajam dan garang nya pada Alex.

Mak aii, longgar lutut Alex dibuatnya. Air liur ditelan kesat sebelum dia membalas sedikit tergagap. Lis ni dah macam singa kadang - kadang dia tengok, padanlah Tuan Muda dia takut bebenor dengan Lis.

"T-tuan tak dapat t-teman Puan sebab..s-sebab tadi Encik Adam tak datang meeting jadinya Tuan terpaksa gantikan dengan waktu lunch" Jawab Alex menggeletar. Lis memejamkan matanya rapat.

Cuba untuk bersabar. Adam tu memang membawa bala betul! Menyusahkan sahaja perangai! Takpe tahu lah dia macam mana nak ajar si bala tu supaya tepati masa dan tak mungkir janji lagi.

Tunggu lah! Tunggu!!

"Tuan awak tu ada pesan apa - apa tak dekat saya?" Tanya Lis datar. Mata masih tajam menikam ke arah Alex yang sudah seperti cacing kepanasan itu.

Rasa macam nak tergelak sahaja namun ditahan. Seram sangat ke muka dia ni, sampai Alex menggeletar pucat macam tu?

Lambat - lambat Alex menggeleng sebelum dia senyum manis. Lis melepaskan keluhan panjang lalu dia mengangguk.

"Takpa lah kalau macam tu, jom lah kita pergi beli barang nanti ramai orang saya malas nak beratur panjang - panjang" Kata Lis.

Pasaraya mana pernah tak ramai Cik kak oii. Kau pergi lah mana - mana pasaraya sekalipun, memang ramai punya lah.

Alex mengerutkan kening nya sedikit..

Bukan ker pasaraya memang ramai orang? Pelik - pelik jer lah isteri Tuan ni..

"Ah, sebelum saya terlupa! Kita kena hantar this little twins dekat adik bertuah saya.. Lisa" Tutur Lis dengan senyuman jahatnya.

Alex memusingkan kepala nya ke tepi tatkala mendengar jeritan nyaring dari jauh. Dilihatnya Laticia dan Aaron sedang laju meluru ke arah nya.

"Uncle!!" Jerit mereka berdua serentak sebelah mereka melompat ke dalam dakapan Alex.

Alex menyambut kedua orang kanak - kanak kecil itu dengan senyuman yang manis. Suka sangat dia dapat bertemu dengan kembar tak seiras ini. Rindu!

"Uncle.. Lama uncle tak datang jumpa Ica.. Uncle tak rindu Ica ker?" Tanya Laticia dengan suara manja nya. Mata bulat dia memandang Alex tanpa lepas.

Alex ketawa kecil.

"Mestilah uncle rindu dengan Ica, tapi uncle kan kerja. Mana boleh ponteng selalu, nanti Boss uncle marah!" Kata Alex sambil membesarkan matanya tatkala menyebut perkataan marah.

Aaron pula sudah membuat muka malas. Boss uncle Alex tu papa dia, papa dia mana ada garang. Papa dia tu suka main - main ada lah! Tipu jer uncle Alex mereka ni.

Tipu kau cakap? Kau tak kenal lagi bapak kau tu perangai dia macam mana.. Dengan kau boleh lah dia buat perangai biul dia, tapi kalau dengan orang luar memang tak lah.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang