𝑃𝑎𝑟𝑡 7🍁

282 19 14
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Tok, tok..

"Come in" Arah Uwais datar.

Mata langsung tidak lari dari menatap skrin computer nya. So workaholic men.

Pintu dibuka dari luar lalu Fatihah melangkah masuk kedalam bilik kerja Uwais. Dia mendekati bossnya itu sebelum dia menunduk hormat.

"Yer Tuan, kenapa Tuan panggil saya? Tuan perlukan apa apa?" Tanya Fatihah perlahan.

Jujurnya dia takut bercampur dengan debar yang bertandang. Uwais terlihat sangat menggoda tatkala dia focus membuat kerjanya.

Astaghfirullah.. Tiha ingat, dia suami orang!..

"Take this" Tutur Uwais seraya menghulurkan satu fail kerja berwarna putih hitam.

Fatihah menatap luaran fail itu pelik.

Fail apa ni?...

"Tuan, ni fail apa? Tuan nak saya complete kan ker?" Tanya Fatihah lagi.

Jari jemari yang menari nari di atas papan kekunci itu terhenti. Uwais mengalihkan pandangan menatap Fatihah datar.

"Dah tak ada mata ker? Tak reti nak baca sendiri? Or you jenis manusia yang tak pandai membaca?" Perli Uwais tajam.

Fatihah tersentak.

Pedih hatinya mendengar bicara dingin Uwais. Kalau ya pun, tak perlulah nak perli perli begitu. Dia pun ada perasaan, fikir dia tak terasa ker?

Fatihah menunduk hormat.

"M-maafkan saya Tuan.." Kata Fatihah perlahan menahan air matanya dari mengalir keluar.

Dia memang seorang gadis berhati tisu jadinya tak hairan lah kalau dia menangis sekiranya di herdik atau di perli perli dengan ayat yang agak tajam dan kasar.

Uwais membisu seketika sebelum dia membalas.

"Keluar" Arahnya tegas. Uwais kembali menyambung kerja nya yang tergendala akibat dari memerli si PA baharu.

Fatihah angguk kecil sebelum dia beredar dari bilik itu.

Laju Fatihah melangkah kearah bilik yang khas untuknya. Pintu bilik ditutup rapat lalu punggung dilabuhkan di atas kerusi pejabat.

Dia menekupkan mukanya keatas meja kerja.

Tidak lama sebelum bahunya terhinjut hinjut menahan tangisan. Dia tidak menghasilkan sebarang bunyi namun tangisan nya semakin menjadi.

Fatihah memang begini sejak dari kecil lagi.

Dia mengangkat kepala nya semula. Fail putih hitam itu Fatihah tatap lama.

Haihh.. Tiha, tiha.. Kau dah besar Tiha, takkan baru kena perli sikit dah nangis? Mengada betul kau ni!...

Laju tangan mengesat air mata sendiri. Tudung dibetulkan sedikit sebelum tangan mencapai fail kerja itu lalu dia menyemak nya.

Ouhh projek baru.. Tapi, bukan ker Tuan sendiri yang nak lakukan nya? Kenapa aku pula yang perlu lengkapkan baki baki ni?..

Fatihah hairan. Pelik, seingat dia Uwais sendiri yang mengatakan dia mahu melakukannya sendiri tapi kenapa Uwais meminta Fatihah untuk melengkapkan lebihan ini?

Fatihah mengangkat kedua belah bahunya.

Argh! Apa apa sajalah, dia boss kau mana boleh kau pertikaikan apa yang dia lakukan!..

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now