𝑃𝑎𝑟𝑡 31🍁

373 25 5
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Lisa dari tadi tidak duduk diam. Di ulang - alik dari kanan ke kiri. Dari kiri ke kanan. Zarif yang melihat pun sudah naik pening kepalanya.

"Cuba kau bawa bertenang sikit. Dari tadi ke hulur - ke hilir, tak penat ke?" Tegur Zarif yang setia mendiamkan diri di kerusi hospital. Lisa menatap wajah Zarif datar.

"Kau diam lah. Kau tak faham, Dian tu kawan baik aku. Aku risau kan dia, lain lah kau. Kau bukan siapa - siapa pun pada Dian. Boleh lah kau relax macan tak ada apa - apa yang jadi" Balas Lisa datar.

"Kalau kau gelabah macam ni sekalipun, Dian boleh keluar dalam masa 1 saat ke? Agak - agak lah pun nak bercakap. Risau macam mana sekalipun kau, bawa kan bertenang. Istighfar banyak - banyak. Doa supaya Dian selamat" Bidas Zarif padu.

Lisa terdiam. Dia berhenti dari berjalan, lalu diambil tempat duduk berseberlahan Zarif. Wad kecemasan di tenung nya lama sambil dia berdoa didalam hati agar Diandra selamat dari keadaan bahaya.

'Selamatkan kawan baik ku Ya Allah'

Lebih 4 jam mereka menunggu diluar. Lisa yang tertidur terjaga apabila dirinya dikejutkan oleh seorang doktor yang baru sahaja keluar dari wad kecemasan.

"Cik" Panggil doktor perempuan tersebut.

"Yer saya"

"Cik ni, ahli keluarga Puan Diandra ke?" Tanya doktor itu. Tanpa teragak - agak Lisa mengangguk laju.

"Yer! Saya ahli keluarga dia" Doktor tersebut mengangguk faham sebelum membalas semula.

"Kalau macam tu, mari ikut saya ke bilik saya. Ada perkara yang ingin saya bincang dengan Cik" Kata doktor tersebut. Lisa tanpa banyak tanya segera mengikuti langkah doktor itu.

"Begini Cik Lisa, dari laporan perubatan dan kecederaan yang dihadapi oleh Puan Diandra. Saya dapat simpulkan yang Puan Diandra mengalami kemurungan"

"Puan Diandra bertindak mengelar pergelangan tangan nya bagi tujuan membunuh diri. Dan dari rekod perubatan yang kami dapati, Puan Diandra pernah mengandung" Kata doktor itu lagi.

"Jadi kemungkinan besar selain dari kemurungan. Puan Diandra juga boleh dikatakan, meroyan." Ujar Doktor itu dengan lebih jelas.

Lisa terpana.

Dia keluar dari bilik doktor perempuan itu lalu kakinya berjalan perlahan menuju ke wad yang menempatkan Diandra disitu. Dari tingkap, Lisa memerhatikan tubuh lemah Diandra yang terbaring kaku di atas katil hospital itu.

'Apa yang abang aku dah buat dekat kau Dian? Kenapa sampai macam ni sekali teruknya rumah tangga kau?'

Dari arah belakang Zarid memerhatikan Lisa lama. Dia menatap Lisa dan Diandra bersilih ganti. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat zohor, kemudian secara tak sengaja dia terlihat Lisa keluar dari bilik doktor yang merawat Diandra.

Entah apa yang mereka bualkan, Zarif pun tidak tahu.

"Lisa" Panggil Zarif dengan kedua belah tangan menyeluk saku. Lisa berpaling melihat Zarif disisi.

"Hmm"

"Kau dah bagitahu abang kau pasal Dian?" Tanya Zarif sengaja ingin mendengar jawapan dari Lisa. Terus datar wajah Lisa.

"Buat apa aku nak bagitahu dia? Tak perlu pun bagitahu dia. Buang masa!" Balas Lisa keras. Zarif senyum menyenget. Sudah di agak ini jawapan yang akan diberikan oleh Lisa.

"Dia suami Dian. Dia kena tahu pasal isteri dia"

"Eh, pergi mampus lah! Kalau dia tahu dia tu suami orang, dia dah balik rumah lah jaga bini dia! Bukan nya-" Lisa tidak dapat menyambung bicaranya.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now