𝑃𝑎𝑟𝑡 16🍁

244 19 13
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Kereta di berhentikan betul - betul berhadapan dengan rumah sewa Fatihah dan Qaseh. Fatihah senyum segaris sebelum dia mengucapkan terima kasih.

"Terima kasih Tuan sebab dah ambil saya pergi kerja dan hantar saya balik. Tak cukup dengan tu Tuan belanja saya makan lagi.. Terima kasih banyak - banyak.." Kata Fatihah dengan senyuman manis.

Uwais angguk sekali sebelum dia membalas.

"Takde hal lah. Benda kecil je pun" Balas Uwais namun laju dibantah Fatihah. Dia menggeleng.

"Mana ada benda kecil Tuan! Saya ni dah menyusahkan Tuan hari ni, saya taktahu lah nak balas macam mana kebaikan Tuan dekat saya.." Bantah Fatihah sedikit sayu.

Segan dia dengan Uwais. Dia tak nak lah dicopakan sebagai perempuan yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan.

"Mana ada awak susahkan saya Fatihah.. Saya sendiri yang nak buat semua benda ni, tak ada yang menyusahkan pun. Saya suka dapat keluar makan dengan awak. Rasa macam tengah bercinta pula haha" Gurau Uwais.

Uwais bergurau namun Fatihah merasakan benda itu bukan lah satu gurauan. Memerah mukanya tatkala mendengar ayat yang keluar dari mulut Uwais.

"Ish, ada - ada jer lah Tuan ni" Kata Fatihah perlahan. Uwais senyum manis lalu dia berkata.

"Tadi awak kata taktahu cara nak balas kebaikan saya kan? Saya ada satu cara" Kata Uwais. Fatihah mengerutkan dahinya sedikit.

Cara? Cara apa?

"Cara apa tu Tuan?" Tanya Fatihah tidak mengerti. Wajah polos dan naif nya membuatkan Uwais mahu sahaja ketawa terbahak - bahak.

Comel sangat!

Uwais tidak membalas sebalik nya dia menghulurkan telefon dia ke arah Fatihah. Makin panjang kerutan didahi Fatihah.

Telefon? Nak suruh dia buat apa dengan telefon ni? Makan? Eh! Makan kepala otak dia.

"Tuan nak saya buat apa dengan telefon ni?" Tanya Fatihah lembut. Uwais dipandang nya lama sebelum dia memandang telefon Uwais.

"Saya nak nombor awak" Kata Uwais dengan senyuman yang mampu mencairkan sesiapa sahaja yang melihat.

"N-nombor saya?! N-nak buat apa?" Tanya Fatihah terkejut. Nak buat apa pula Uwais mahukan nombor dia?

"Tadikan awak kata taktahu nak balas kebaikan saya macam mana, saya tengah bagi awak cadangan lah ni. Nombor awak, bagi dekat saya. Itu lah cara awak balas" Ujar Uwais tidak serious.

Dia nak bergurau jer sebernanya. Fatihah sudah cuak. B-biar betul Bos dia ni?!

"T-tuan.. T-tuan b-biar betul?" Tergagap Fatihah berbicara. Uwais terus melepaskan tawa nya tatakal melihat wajah cuak Fatihah.

Fatihah berkerut sekali lagi tidak mengerti. Dia blurr sekarang ni. Uwais tengah kenakan dia ker apa?

"Takde lah.. Saya gurau jer Fatihah. Jangan lah awak ambil serious" Kata Uwais dengan sisa tawanya.

Baru lah Fatihah boleh melepaskan nafas lega. Kalau tidak tersekat - sekat dibuatnya!

"Tapi saya tetap nak nombor awak" Kata Uwais kini dengan nada yang serious tiada lagi main - main.

Membulat mata Fatihah seraya kepala laju memadang ke arah Uwais yang berada disebelah.

"Haa?!"

"Relax oky. Saya nak nombor awak kali ni bukan sebab nak awak balas budi saya tu, tapi sebab saya nak ambil awak pergi dan balik. Kawan awak tak sihat bukan? So apa salah nya saya tolong pekerja saya ni" Berjela Uwais terangkan.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now