𝑃𝑎𝑟𝑡 19🍁

240 16 21
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke arah pagar rumah. Sudah hampir 2 minggu Fatihah berkerja dengan Uwais dan sudah hampir 2 minggu juga mereka menjadi teman yang rapat.

Tentang perasaan Fatihah pada Uwais, tidak lagi dia ungkapkan. Dia rasa lebih baik jika dia tidak menyatakan apa - apa pada Uwais.

Dia tidak mahu hubungan mereka janggal, atau lebih tepat rumah tangga Uwais dan Isterinya berantakan.

Selama mereka menjadi teman yang dikira sahabat ini, Uwais tidak pernah sekali pun menyebut tentang isterinya pada Fatihah. Apatah lagi mahu memberitahu nama dan bercerita tentang nya.

Fatihah agak pelik tetapi dia hanya diamkan sahaja. Tidak mengapa lah, dia sebernanya lebih kepada suka. Mungkin kerana perasaan dia pada Uwais lebih dari sahabat.

Dia rasa tidak senang sekiranya Uwais membangkitkan isu tentang isteri lelaki itu. Perasaan cemburu mula bertandang. Namun siapakah dia pada Uwais?

Hanya lah pekerja dan sahabat biasa yang tidak mendapat tempat di hati Uwais pun. Agak terkilan namun tidak mengapa, Fatihah faham.

"Terima kasih hantarkan saya pulang Tuan.." Kata Fatihah dengan senyuman manis.

Uwais memasukkan tangan ke dalam poket seluarnya. Dia senyum kecil sebelum dia membalas.

"Sama - sama Fatihah.." Balas Uwais lembut sahaja intonasinya. Fatihah menunduk malu.

Uwais berdehem sedikit sebelum dia bersuara.

"Awak asyik panggil saya Tuan, Tuan, Tuan. Boring lah.. Apa kata kalau awak tukar panggilan tu? Baru mesra sikit, lagipun kita dekat luar pejabat. Takperlu formal pun" Kata Uwais.

Fatihah terdiam. Panggilan casual maksud Uwais? Tapi dia nak panggil apa? Abang? Eh! Apa yang dia merepek ni.

"Um.. Dah tu, Tuan nak saya panggil Tuan apa?" Tanya Fatihah. Sejujurnya dia langsung tiada idea mahu memanggil Uwais dengan kata ganti nama yang mana satu.

Uwais membuat muka berfikir sebelum dia memetik jari dihadapan Fatihah.

"Panggil saya dengan panggilan awak - saya, atau awak nak panggil saya abang pun boleh jer" Sempat Uwais mengayat Fatihah.

Terus memerah muka gadis comel dihadapan dia ini apabila diusik sebegitu rupa.

"Um.. S-saya panggil Tuan, awak lah.. Abang tu macam pelik jer bunyi dia. Haha" Kata Fatihah sebelum ketawa hambar.

Please! Uwais jangan seksa hati dia. Mahu kena stroke tak pasal - pasal kang!

Uwais ketawa kecil.

"Oky, awak - saya. Jangan panggil saya Tuan lagi lepasni, kecuali dalam pejabat dan waktu bekerja. Faham?" Arah Uwais dengan sebelah kening nya diangkat.

Fatihah mengangguk laju.

Mereka kemudian terdiam. Kekok, dan sunyi. Fatihah sempat menangkap mata Uwais yang langsung tidak lepas dari memandang ke arah nya.

"K-kenapa Tuan-.. Maaf, maksud saya kenapa awak pandang saya macam tu?" Tanya Fatihah.

Uwais masih memandang raut wajah lembut dan ayu Fatihah. Tenang rasanya hati dia tatkala ini.

"Awak tahu tak Fatihah? Kalau kita selalu pandang benda yang cantik bagus untuk minda kita" Kata Uwais.

Fatihah terkedu. Dia blur sekejap, apa kena mengena soalan dia dengan apa yang dibalas oleh Uwais? Macam tak ada kaitan jer.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now