𝑃𝑎𝑟𝑡 35🍁

483 33 18
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Selepas kejadian di mana Diandra menghalau Uwais beberapa hari yang lepas. Uwais tidak pernah lagi datang menjenguk Diandra di hospital apatah lagi bertanya khabar. Di buatnya seperti Diandra ini bukan siapa - siapa pada dirinya.

Dianggap Diandra seperti bukan isterinya. Bukam tanggungjawab nya. Namun, diandra tidak pernah berharap Uwais akan datang melawat nya. Walaupun jauh di sudut hatinya, Diandra teramat kecewa dengan sikap Uwais.

"Kau termenung apa lagi tu?" Tegur Lisa yang sedang melipat selimut di katil pesakit tersebut. Diandra yang sedang asyik termenung, tersentak sebelum dia melemparkan senyuman nipis.

"Mana ada aku termenung,"

"Haa yer lah, macam lah aku ni buta" Balas Lisa satkistik. Dia menjeling Diandra. Sejak Diandra masuk wad sehingga lah sekarang, Diandra tidak banyak bercakap. Sebaliknya dia sentiasa termenung ke luar tingkap wad itu.

Entah apa yang dilihat nya Lisa pun tidak tahu.

"Kau discharge ni, Is tahu tak?" Tanya Metilda yang tangan ralit memasukkan satu persatu barang keperluan Diandra kedalam beg besar milik Diandra.

Diandra tidak membalas. Dia hanya tersenyum hambar bagi pertanyaan Metilda. Lisa dan Metilda berpandangan antara satu sama lain dengan kening mereka berkerut seribu.

"Seriously?! Takkan sampai kau discharge pun dia taknak ambik tahu? Apa setan sangat perangai suami kau ni?" Cemuh Metilda. Lisa menjulingkan matanya ke atas.

"Tengah seronok layan betina lain lah tu. Itu yang sampai tak ambik tahu bini keluar wad bila, bini masuk wad bila. Bini dia dah nak mati pun aku rasa dia still taktahu agaknya," Sambung Lisa pedas menghina abang nya sendiri.

Diandra masih tidak bersuara. Dia hanya mampu tersenyum dan tersenyum pedih.

"Haa, senyumlah. Senyum sampai kau kembong! Kau pun satu. Biarkan laki kau tu, call nya taknak!" Marah Lisa.

"Kau nak suruh aku call Is? Kau rasa Is akan jawab ke? Aku dah masak dengan perangai suami aku Lisa. Kalau dia dah benci, sampai mati pun dia benci"

"Benci tak benci. Kau tu isteri dia, tanggungjawab dia! Perempuan tak tahu malu tu bukan bini dia pun sampai nak berkepit 24 Jam! Keluar, siap pergi beli barang - barang mahal lagi. Bini kat hospital tak reti nak tengok!" Kata Metilda sebelum Lisa menyiku lengan nya.

Diandra yang mendengar menatap Metilda lama.

"Dia keluar? Is keluar dengan perempuan tu pergi mana?" Tanya Diandra. Terus Metilda berpaling ke arah lain sambil tangan nya memukul mulut sendiri yang tidak reti menyimpan rahsia.

"Bodoh! Bodoh! Bodoh! Apa yang tengik sangat mulut kau ni Metilda?!"

Lisa pula sudah melepaskan keluhan berat. Tahu sudah dia dengan perangai Metilda yang kalau bercakap mesti habis terlepas semua rahsia nenek moyang!

"Err.. Haha.."

"Mel.."

"Haihh.. Dian, takpayah lah fikir dah pasal dia. Kita keluar then pergi makan? Aku belanja kau. Kau nak makan apa pun cakap jer. Aku belanja"

"Mel aku nak tahu. Jawab soalan aku please,"

"Aku.. Aku.. Dia-.."

"Dia pergi pavilion." Potong Lisa. Lama sangat nak tunggu Metilda berikan jawapan. Jadinya Lisa mencelah lah. Diandra terdiam. Dia senyum hambar sekali lagi.

"Diorang happy? Mesti diorang happy kan? Dapat luangkan masa sama - sama"

"Kenapa kau nak kesah diorang happy ke tidak? Pergi mati diorang lah Dian! Sekarang yang kau kena kesah pasal kesihatan kau tu. Kau kena tambah energy balik Dian. Butik kau tu lagi.." Kata Metilda.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now