𝑃𝑎𝑟𝑡 12🍁

270 23 18
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

"Thank's.." Kata Uwais pada pelayan itu dengan senyuman nipis. Fatihah turut sama senyum pada pelayan itu sebelum pelayan tersebut beredar.

"Tak apa ker kita keluar breakfast macam ni?" Tanya Fatihah pada Uwais. Takut dia kalau - kalau lah isteri Uwais datang menyerang sebab salah faham.

Naya dia nanti. Uwais senyum manis seraya bertanggu dengan mata tidak lepas dari memandang ke arah Fatihah.

Ayu jer, sejuk mata memandang.

"Kenapa? Awak tak suka keluar breakfast dengan saya ker?" Tanya Uwais pula tanpa menjawab soalan Fatihah tadi. Terus Fatihah menarik muka.

Dia memuncung kecil. Tuan dia memang macam ni tau! Bila dia bertanya mesti Uwais akan membalas dengan pertanyaan semula. Bukan nak jawab dulu apa yang dia tanya.

Melihat reaksi Fatihah yang seakan merajuk itu terus Uwais menyimpan senyum. Comel betul!

"Tuan tak jawab lagi soalan saya.. Lepastu Tuan tanya saya soalan pula, mana adil macam tu" Manja Fatihah membuatkan Uwais tidak dapat menahan senyuman nya.

"Fatihah, awak ni comel betul lah! Merajuk pun comel.." Kata Uwais spontan. Terus memerah muka Fatihah ketika itu.

Fatihah sudah seperti udang terbakar dibuatnya. Uwais sengaja mahu mengusik dia!

"T-tuan jangan lah usik saya.. Saya cakap betul - betul ni!.." Protes Fatihah namun itu membuatkan Uwais semakin merasakan Fatihah comel.

Malu dan ayu dalam masa yang sama.

"Yer lah, saya betul - betul juga sekarang ni. Kenapa? Awak ingat saya main - main ker bila saya kata awak comel?" Pandai Uwais bermain kata.

Lagilah Fatihah membahang. Mana dia nak letak muka dia ni? Dalam bonet kereta boleh? Arghh!!

Uwais ketawa besar. Tak boleh tahan dia dengan perangai Fatihah yang lucu itu.

"Yer lah - yer lah.. Saya jawab soalan awak tadi tu, jangan risau takde apa yang kena risaukan. Bukannya salah pun pekerja nak keluar breakfast dengan Boss dia, lagipun saya kan boss siapa jer yang nak marah saya?" Jawab Uwais.

Fatihah melepaskan keluhan kecil.

"Memang lah tiada siapa yang berani marah Tuan.. Saya ni haa, saya takut ada yang berprasangka buruk dengan saya" Kata Fatihah perlahan namun dapat didengari oleh Uwais.

Uwais menggeleng kecil.

"Don't worry, kalau ada yang buat macam tu dekat awak. Beritahu pada saya, tahulah apa yang saya nak buat pada mereka nanti. Jangan takut oky, saya protect awak" Balas Uwais membuatkan jantung Fatihah berdegup kencang.

Air liur ditelan kesat. Kenapa? Kenapa Uwais ni hensem sangat?!

***
Manusia yang sedang melahap mee di atas meja makan itu dipandang nya tajam. Macam setahun tak makan! Apa melantak nyer lah.

Dia yang perasan dirinya ditenung lama oleh seekor makhluk mula mengangkat kepala perlahan - lahan dengan senyuman kambing.

"Kau ni bela saka ke apa? Melantak tak ingat dunia, habis dua - dua belah tangan sekali kau pakai. Asal kau tak pakai kaki kau sekali jer?" Pedas Lisa berkata.

Adam menelan sisa kunyahan sebelum dia membalas semula bicara Lisa.

"Eh, kau apa tahu? Ini namanya menikmati makanan.. Haa orang macam kau mana tahu nak menikmati makanan seeloknya!" Balas Adam membodoh. Diandra menjeling Adam menyampah dari sebelah Lisa.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now