𝑃𝑎𝑟𝑡 39🍁

508 31 20
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Sementara menunggu kehadiran Lisa untuk menghantarkan jamuan yang dipesan Diandra. Dia memakai telekung lalu Al - Quran dicapai. Diandra membaca surah - surah yang berada di dalam Al - Quran tersebut dengan merdunya.

Sambil membaca dia mengusap lembut perutnya dengan senyuman di bibir. Ketika bacaan Al - Quran sudah hampir ke ayat terakhir kedengaran bunyi pasu bunga yang jatuh pecah.

Diandra tersentak. Al - Quran tersebut di tutup lalu diletakkan di atas meja berseberlahan dengan katil. Diandra turun dari katil tersebut. Dia  berjalan ke arah pintu biliknya lalu dibuka secara perlahan.

Perlahan - lahan Diandra melangkah keluar.

"You? You ke tu?" Diandra menegur. Namun tiada sahutan.

"Is, you dah balik ke?" Dia mencuba lagi. Namun masih tiada sahutan. Jantung Diandra mula mengepam laju dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Hakim Uwais, you jangan lah bergurau macam ni.
Tak kelakar tau" Diandra berkata lagi seraya kakinya melangkah ke arah tangga. Apabila sampai di balkoni, Diandra melihat 3 orang lelaki berbaju hitam dan bertopeng yang sedang memunggah barang - barang di ruang tamu.

Alangkah terkejut nya Diandra ketika itu. Dia segera menunduk lalu tangan naik menekup mulutnya sendiri bagi menahan suaranya dari terkeluar. Diandra merangkak perlahan - lahan ke arah bilik nya semula.

"Woi Apek! Kau pasti ke rumah ni takde orang?" Tanya seorang lelaki gemok yang sedang memunggah barang.

"Yerrrr.. Aku pasti, dah 5 hari aku perhati jer rumah ni. Mana ada orang pun, takde yang keluar masuk pun" Jawab lelaki kurus tinggi itu.

"Aikkk serious lah takde yang keluar masuk? Habis yang petang tadi kita nampak tu siapa? Jembalang kau?" Kata lelaki gemok itu lagi. Dia memandang Apek lama.

"Oh. Ada eh?"

"Bangsat betul lah kau ni! Ada lah bodoh! Dia keluar petang tadi!" Maki lelaki gemok itu.

"Maid diorang kot," Sampuk seorang lagi lelaki yang sederhana tinggi, dia baru sahaja keluar dari bahagian dapur lalu kuali yang berkerak tidak berbasuh itu di ajukan pada mereka berdua.

Diandra yang mendengar tersentak. Pasti mereka sedang bercakap tentang Endra. Diandra melajukan langkah nya ke arah bilik tidur. Pintu di tolak secara perlahan lalu dia mencapai telefon miliknya.

Tangan nya yang mengigil itu cuba mendail nombor Uwais.

"Tolong angkat please.. Please Is.." Air mata Diandra bertakung. Namun Uwais tidak mengangkat call nya. Sekali lagi Diandra mencuba.

Disebelah sana pula, Uwais yang sedang membaca fail kerja memandang sekilas ke arah telefon nya yang berdering tidak henti sejak dari tadi. Nama Diandra yang tertera di skrin telefon membuatkan Uwais melepaskan keluhan berat.

Dia mencapai telefon nya lalu di turn off telefon tersebut.

"Apa yang tak bahasa sangat Dian ni? Aku dah kata kejap lagi aku balik kan! Dah tak faham bahasa melayu ker apa?!"

Peti suara yang masuk menandakan Uwais tidak mengangkat langsung panggilan Diandra. Diandra memandang skrin telefonnya dengan penuh hampa. Kenapa tatkala Diandra memerlukan Uwais, lelaki itu tidak ada bersamanya?

"Is.. Tolong lah, tolong balik Is.." Diandra merayu sambil tangan nya tidak henti mendail nombor suami nya. Sedang ralit dia mendail nombor suaminya Diandra cuba untuk membetulkan posture badan kerana dia penat merangkak sebentar tadi dengan kandungan nya itu.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now