𝑃𝑎𝑟𝑡 15🍁

270 19 4
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Hot chocolate yang sudah siap dibancuh itu dia bawakan menuju ke arah ruang tamu dimana suaminya berada.

Dia meletakkan cawan tersebut jauh sedikit dari laptop suaminya itu lalu punggung di labuhkan berseberlahan dengan si suami.

Firash yang ralit dengan kerja itu ditatap nya lama sebelum dia mencuit sedikit lengan Firash bagi menarik perhatian lelaki itu.

"Awakk.." Panggil Lis meleret. Dia mencuit - cuit lengan Firash berkali - kali dengan bibir yang dikemam erat.

Firash hanya membalas dengan 'hmm' sahaja, mata masih lagi statik menghadapan tab ditangan kirinya.

Tangan kanan pula memegang pen. Lis memuncungkan mulut nya kedepan. Firash ni kan! Geram lah dia.

"Awakkk!.." Meleret lagi Lis memanggil Firash. Firash mengangkat wajah nya lalu Lis dipandang sekejap.

"Apa dia sayang?" Balas Firash sebelum dia kembali memandang ke arah laptop nya.

"Saya nak cakap sikit ni" Kata Lis sambil bermain dengan jarinya.

"Cakap apa sayang? Kalau tak penting sayang cakap esok jer lah yer? Saya nak buat kerja lah" Kata Firash. Dia menyambung kerjanya semula.

Lis mendengus kuat sebelum dia menarik muka lalu mata memandang ke arah skrin television yang terbuka, dengan tangan melipat didada.

Merajuk!

Mendengar Cik Isteri yang mendengus tanda protes itu laju Firash berpaling ketepi menatap Lis sekejap.

Dia melepaskan keluhan perlahan sebelum dia menutup laptop nya dan tab milik dia. Lalu dia memusingkan tubuh menghadap Lis yang merajuk.

Merajuk sudah..

"Sayang.." Panggil Firash lembut. Lis buat tidak tahu sahaja. Dia tak nak menyahut! Biar Firash pujuk dia.

Tangan naik memegang bahu Lis lalu dia pusingkan menghadap dirinya.

"Sayang.. Oky - oky saya minta maaf. Cakap lah apa yang sayang nak cakap" Lembut Firash memujuk Lis seraya tangan nya mengusap sisi kepala isteri nya itu.

Lis senyum kecil sebelum dia membalas.

"Saya nak tanya sebernanya ni, lebih kepada nak bertanya dekat awak. Boleh kan?" Tanya Lis manja dengan mata dibulatkan lalu dikedip - kedip beberapa kali.

Firash mencuit hidung Lis sebelum dia berkata.

"Boleh sayang.. Tanya lah, saya jawab" Balas Firash sambil tangan melingkar ke pinggang Lis.

"Um.. Awak ada jumpa dengan Along tak lately ni?" Tanya Lis. Firash mengerutkan dahinya sedikit.

"Along?" Tanya dia semula. Laju Lis mengangguk.

"Yer lah.. Along, kawan awak lah Uwais tu!" Jawab Lis sebelum dia menjeling Firash menyampah. Tengok tu, kawan sendiri pun lupa! Apa nak jadi lah dengan suami dia ni?

Firash membuat reaksi 'ohh' panjang lalu dia sengih kambing.

"Takde lah pula, dia busy lah saya rasa. Kitorang jumpa pun kalau ada meeting or benda penting pasal kerja jer lah. Lagipun sayang pun tahukan Along sayang tu macam mana? Workaholic bukan main" Jawab Firash panjang lebar.

Lis mengangguk perlahan. Faham. Dia kembali menatap Firash sebelum bertanya kembali.

"Macam mana hubungan Along dengan Dian? Semuanya oky ker?" Tanya Lis lagi. Firash mengerutkan dahinya sedikit.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now