𝑃𝑎𝑟𝑡 4🍁

386 29 0
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

"Kau nak tak?" Tanya Qaseh Amanda pada sepupunya itu yang sedang focus pada masakan.

Bau nasi goreng kampung tersebut menusuk sehingga ke rongga hidung! Fuhhh penangan seorang Nurul Fatihah Haji Daud yer..

"Aku oky jer tapi tu lah..aku risaukan abah aku lah Qaseh, tak ada siapa nak tengok tengokkan dia nanti kalau aku ikut kau ke KL" kata Fatihah lembut seraya menuangkan nasi goreng tersebut kedalam mangkuk lalu dihidangkan ke atas meja makan.

Qaseh membuat muka monyok.

"Alahhhh..tiha, kau ni macam tak biasa mak dengan ayah aku kan ada nanti aku minta lah diorang tengok tengokkan abah kau.." Pujuk Qaseh seraya memberikan cadangan.

Dia mahu Fatihah mengikutinya ke KL, lagipun dia sudah temukan kerja yang bagus untuk sepupunya itu. Itu pun rakan lama nya yang mengoffer dia, tapi dia sudah ada kerja tetap jadinya di suakan nama Fatihah pada si kawan memberitahu bahawa sudah ada yang mahu mengambil tempat.

Fatihah mengeluh perlahan.

"Bukannya aku tak nak pak long dengan mak long tolong tengokkan abah aku, cuma.." Jeda Fatihah sebentar.

Qaseh mengulang semula ayat Fatihah yang tergantung.

"Cuma?.." Ulang Qaseh dengan sebelah kening nya diangkat tanda mahu Fatihah menyambung percakapan nya semula.

"Cuma aku taknak lah susahkan diorang, selalu nya pak long dengan mak long lah yang banyak menolong. Aku jadi segan dengan pak long dan mak long, kau pun tak lari juga..." Terang Fatihah sebersalah.

Qaseh menggelengkan kepalanya perlahan. Ini lah perangai Fatihah yang Qaseh paling tidak gemar. Selalu sahaja dia berfikir yang dia menyusahkan Qaseh sedangkan dia tidak menyusahkan diorang pun.

Kata sepupu, pastilah saling membantu darah daging kot.

"Kau ni mana ada kau dan pakngah menyusahkan kitorang sekeluarga, kita kan satu darah pasti lah kena saling membantu. Kalau bukan aku dengan mak dan ayah aku siapa lagi yang nak bantu kau pandai!" Kata Qaseh.

Dijeling nya Fatihah manja. Merajuk kang baru tahu!

Fatihah hanya tersengih kambing.

"Sorry lah Qaseh, aku cuma risau jer. Jangan lah marah.." Lembut Fatihah berkata.

"Tak marah, merajuk jer.." Balas Qaseh selamba sebelum dia menggigit roti yang sudah disapukan kaya keatas nya.

Fatihah mendekati Qaseh lalu dipeluknya sepupu manja itu erat.

"Atototo..jangan merajuk yer sepupu ku sayang.. Okay oky aku janji lepasni aku tak cakap dah macam ni lagi oky?.." Pujuk Fatihah seraya mengangkat tangan nya seakan mengangkat sumpah.

Tapi kali ni berbeza bukan sumpah tapi janji!..

Qaseh yang tidak merajuk sebernanya itu sudah kembang kempis hidung menahan tawa nya.

Tidak lah dia mahu merajuk dengan sepupu kesayangan nya itu, dia bergurau sahaja.

"Yer lah tu..sekali kau buat lagi kan!" Balas Qaseh mahu mengusik.

Laju Fatihah menggeleng.

"Eh mana ada kali ni betul betul janji, tak cakap dah pomis!" Bantah Fatihah seraya mencium Qaseh kuat.

Um geram dengan pipi pau Qaseh itu!

"So kau ikut lah ni? Kan, kan kan??" Tanya Qaseh berkali kali dengan wajah yang bersinar sinar.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now