𝑃𝑎𝑟𝑡 26🍁

443 20 6
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Kaki laju melangkah menuju ke arah bilik wad sepupunya bersama bungkusan makanan yang berada di tangan. Dia mengetuk pintu bilik tersebut sebelum membuka dari luar.

"Morning Tiha!" Dengan penuh bersemangat nya Qaseh mengucapkan sambil bibir tidak lepas menitikan senyuman indah.

Danny yang berada di belakang sudah tercungap - cungap. Bukan main laju lagi si Qaseh ni berjalan, kalah Ying 'larian laju!'.

Apa benda lah yang dia merepek ni.

"Morning Qaseh.. Morning Danny," Balas Fatihah lembut dengan senyuman manis. Gadis itu elok bertudung sarung berwarna hitam. Dibeli oleh siapa? Semestinya Uwais.

Takkan lah nenek kome pula.

"M-Morning.." Balas Danny tergagap, terus dia menuju ke arah sofa yang berada di dalam wad tersebut lalu dia rebahkan badannya.

Menyesal dia ikut Qaseh melawat Fatihah hari ni! Habis berlengas badan dia. Eish!

Qaseh menjeling Danny yang berdrama sangat. Menyampah timah! Dia kemudian laju melangkah ke arah Tiha lalu di labuhkan punggung ke birai katil.

"Aku ada belikan kau breakfast, kau makan tau" Pesan Qaseh sambil menunjukkan bungkusan makanan yang dibeli sebelum diletakkan ke atas meja yang berseberlahan dengan katil pesakit.

"Susah - susah jer Qaseh.. Aku taknak pun, lagipun kejap lagi nurse bawakan sarapan. Aku boleh jer makan makanan yang diorang sediakan" Kata Fatihah.

Qaseh menggeleng laju.

"No, no! Makanan hospital mana pernah sedap weyh! Macam air paip jer kau tahu tak? Eii please lah, takkan aku nak biarkan sepupu kesayangan aku ni makan air paip," laju Qaseh membalas.

Terus tergelak kecil Fatihah. Ada - ada saja lah perangai si Qaseh ni. Kalau didengar nya tukang masak dihospital ni, mahu naya Qaseh dihumban ke dalam periuk belanga tu.

"Suka - suka kau jer kata makanan dekat hospital ni macam air paip. Elok lagilah diorang tu, sekurang nya diorang pandai masak. Dari kau! Masak air pun tak reti," Kutuk Danny depan - depan lalu disilangkan kakinya ke atas seperti gadis diva.

Qaseh memincingkan matanya sebelum dia mencapai botol mineral yang sudah separuh air, lalu di campakkan tepat - tepat mengena pada pipi kiri Danny.

Fatihah yang melihat terus ketawa besar. Kelakar sungguh Danny dengan Qaseh kalau bergaduh. Macam laki bini pun ada.

"Sakitlah Jejak Qaseh!"

"Rasakan kau! Suka - suka jer kata aku tak pandai masak! Tak pandai jerang air?! Kau tu, bukan setakat jerang air. Air paip dengan air mineral pun kau taktahu beza agaknya!" Garang Qaseh berbalas.

"Eh tolong sikit oky! Aku tahulah kenal air mineral dengan air paip yang mana satu! Kau jangan nak fitnatun aku!" Bidas Danny dengan nada maknyah nya.

Pondan betul jantan sekor ni. Qaseh mengajuk percakapan Danny.

"Dah - dah lah tu.. Bergaduh jer kerja korang ni. Kahwin nanti baru tahu," Sampuk Fatihah yang sedari tadi hanya ketawa melihat gelagat Danny dan sepupunya Qaseh.

"Kahwin?! Dengan si dodol ni? Simpang malaikat 44 lah, mati hidup semula pun takkan aku pilih dia ni jadi laki aku!" Kutuk Qaseh tidak memikirkan perasaan Danny yang mendengar.

"Eh, Jejak Qaseh! Aku pun tak hingin lah nak memperisterikan kau, silap hari bulan runtuh rumah angkara gergasi hijau macam kau ni!" Balas Danny pula.

Difikirkan Danny akan terasa namun tidak! Di balas semula adalah, siap kata Qaseh gergasi hijau lagi. The hulk!

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now