HP [1]

1K 37 7
                                    

I might kill my ex,

I still love her, though...

"Awak gila ke?!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak gila ke?!"

Miyoung membulatkan matanya, terkejut melihat sekujur tubuh seorang pelajar lelaki seumur dengannya yang terkulai lemah di tepi Sehun.

Pakaian Sehun tak rapi. Wajahnya tak apa-apa, tapi tangannya merah kesan daripada darah akibat memukul pelajar lelaki yang tak mampu bergerak lagi itu.

"Dia layak kena pukul sebab dah berani dekat dengan kau."

Sehun berkata seperti tak ada rasa bersalah kerana hampir membuat anak orang terenggut nyawa. Lagipula yang salah itu lelaki bertag nama, Yeonjun itu sendiri.

Siapa suruh berani menyentuh apa yang sudah menjadi miliknya.

Miyoung baru teringat sesuatu. Yeonjun adalah lelaki yang mengutarakan cintanya pada gadis itu pagi tadi. Tapi Miyoung tolak dengan baik. Pun begitu, tak mahu Yeonjun terlalu sedih, dia menerima coklat pemberian Yeonjun.

Tak disangka Sehun tahu tentang apa yang berlaku kerana fikirnya, cuma dia dan Yeonjun sahaja yang berada di dalam kelas pada waktu itu.

Miyoung lupa, mata-mata Sehun ada di mana-mana termasuklah kelas yang sunyi.

"Yeonjun tak bergerak. Sehun awak kena tolong- ssssttt!"

Miyoung merintih kesakitan tatkala lengannya dicekal kuat oleh Sehun. Mata lelaki itu seolah-olah memancarkan api permusuhan.

"Kau peduli pasal dia?"

Perlahan, namun nadanya seperti mengancam. Kaki Sehun memijak tangan Yeonjun, membuat Yeonjun hanya mampu menggeleng lemah. Kesakitan tapi tak mampu meminta tolong.

Miyoung menafikan. Matanya masih terpaku pada Yeonjun sehinggalah dagunya ditarik supaya mendongak menatap Sehun seorang.

"Pandang aku seorang atau dia akan terima lebih dari ni," ugut Sehun. Cengkaman Sehun semakin kuat.

"Ya-ya! Saya pandang awak seorang! Sekarang lepaskan dia please, Sehun?" Rayu Miyoung. Wajah Sehun masih tak berubah.

"Kau dah berani jadi penipu sekarang?"

Miyoung memberanikan diri untuk menangkup pipi tirus Sehun dan mengusap rahang lelaki itu supaya hatinya cair.

"Saya tak peduli pasal dia. Saya cuma tak nak awak kena masalah kalau ada yang nampak kita dekat sini. Kita pergi ya?" Pujuk Miyoung.

Semakin lama mereka berada di sini, Miyoung risau nyawa Yeonjun benar-benar melayang.

Sehun memejamkan mata, nampak menikmati usapan Miyoung pada rahangnya. Badan lelaki itu semakin mendekat dan kemudiannya menunduk.

"Aku marah... Dia nak rampas kau dari aku," adu Sehun. Walaupun agak tak logik ada lelaki yang dapat mengambil Miyoung darinya, Sehun tetap bersedia dalam mod protektifnya setiap masa.

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now