HP [20]

330 25 3
                                    


Vote anda sangat saya hargai ❤️ jangan jadi siders ya

Miyoung merenung bingung kearah seorang budak lelaki yang sedang mengait buah mangga dengan tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Miyoung merenung bingung kearah seorang budak lelaki yang sedang mengait buah mangga dengan tangan. Entah bagaimana budak itu naik keatas pokok, Miyoung tak tahu.

Dia mendekat, terliur melihat buah mangga tersebut. Tangannya bergerak ke udara, berjaga-jaga jika budak itu terjatuh ke tanah.

"Sikit lagi. Sikit lagi. Haa betul! Kat situ!" Heboh Miyoung, memberi semangat kepada si budak lelaki yang sedang berusaha mencapai buah mangga tersebut.

Budak lelaki itu menoleh ke belakang, bingung melihat siapa perempuan aneh yang tiba-tiba menegurnya.

"Jangan yang itu. Belum masak. Haa tepi sikit," tambah Miyoung, membuat budak lelaki itu berdecit.

"Makcik siapa?!" Decitnya. Mata Miyoung terus melebar, terkejut dipanggil makcik.

Tak jadi dia nak memetik buah kerana terganggu.

"Makcik?! Muka noona macam makcik ke?" Tanya Miyoung. Budak kecil itu mendengus.

"Ha'ah. Macam makcik. Shuhh!"
Budak lelaki itu kembali mencapai buah mangga yang tadinya ditunjuk Miyoung. Setelah itu dia turun dengan tergopoh-gapah.

Miyoung ingin menolongnya turun tapi budak itu mengelak sehingga dia terpeleset. Buah mangga tersebut tercampak dari tangan.

"Ya tuhan!" Miyoung terus menghampiri budak lelaki itu dan membantunya bangun.

Pasti sakit ketika jatuh pada bahagian punggung terlebih dahulu. Tangan Miyoung ditepis tapi Miyoung tak menghiraukannya. Dia mengangkat budak lelaki itu dan membantu menepuk punggungnya untuk menghilangkan kotoran.

Miyoung tertegun seketika melihat kesan jahitan pada jantung budak lelaki itu. Gadis itu menatap kesan parut itu tapi dengan segera ditutup oleh budak lelaki itu.

"Nama adik siapa?" Tanya Miyoung.

Budak lelaki itu mengabaikan pertanyaan Miyoung dan memilih mengambil buah yang dipetiknya. Dia menggosoknya, menghilangkan kotoran pasir juga.

"Hey. Nama noona Miyoung. Adik duduk wad mana? Kalau free nanti kita boleh lepak sama-sama," ujar Miyoung, ingin berbual.

Cuma budak ini sahaja pilihan selamat Miyoung untuk membuat kawan. Kalau Miyoung memilih orang seumur terutamanya lelaki, Miyoung takut nyawa mereka pula dihujung tanduk.

Cemburu Sehun itu bahaya.

"Noona pun ada parut sama macam adik. Tapi bukan kat dada, kat kepala. Tak tahu lagi bila balik. Boyfriend noona tak kasi balik lagi," sambung Miyoung, ingin menarik perhatian budak lelaki itu. Dia menyentuh kepalanya, menunjuk balutannya.

Sekilas budak itu menatap Miyoung. Gadis itu tersenyum singkat, mungkin dah berjaya walaupun tipis.

"Noona bosan takde kawan kat sini. Adik tak bosan? Kalau ada kawan kita boleh sama-sama ronda dalam hospital. Tengok doktor hen-cantik. Perempuan cantik."

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now