Special Chapter

396 26 4
                                    

Hope you like it ❤️

Hope you like it ❤️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ean main tipu!"

Seana memekik, melempar dedauanan kerana marah tatkala Sean menembaknya dengan pistol air. Sean, si abang mengelak sambil menyambung menembak adik yang keluar lewat lima minit selepasnya.

"Raksasa gorgon bernama Ana masih tak dapat ditumbangkan, roger! Hantar bantuan, White Cobra, roger!"

Sean memberi isyarat pada orang kanannya yang sedang bersembunyi di belakang pokok. Sehun yang menerima arahan terus menembak Seana dari belakang.

"Roger back, Little Black Cobra!"

Kerana ulah keduanya, Seana mulai menangis dek kerana menganggap permainan ini tidak adil. Seana tak mahu menjadi raksasa di sini. Dia mahu menjadi ejen juga tapi Sean tak membenarkannya.

"Tak aci! Mommy!"

Sean dan Sehun terus high-five, gembira kerana menang sementara Seana menangis tak henti-henti. Gadis itu melempar kasutnya sampai terkena muka Sehun.

Dengan marah Seana menarik rambut Sean sampai abang awal lima minitnya pula yang menjerit. Genggaman Seana terlalu kuat sampai Sean pun tak boleh melawan.

Seana menggila. Dia geram kerana Sean selalu berlebihan dalam membulinya. Dia tak pernah diberi peluang menjadi hero sebaliknya asyik disuruh menjadi villain.

Kalau main rumah-rumah pun begitu. Seana bukannya menjadi isteri kepada Sean, tapi malah disuruh menjadi pembantu. Kalau bukan pembantu, mungkin mailman, random makcik jual karipap, makcik bawang atau ejen insurans. Yang menjadi isteri adalah mainan optimus prime. Seana berdendam.

"Atitttt! Daddy tolonggg!"

"Ana sayang, lepas sayang."

Sehun kalut. Anak jantan perkasanya menangis lebih kuat daripada Seana sekarang. Dia cuba melepaskan genggaman Seana tetapi tak berjaya.

Sehun jadi teringat saat Seana hampir mematahkan jarinya sewaktu gadis itu masih berusia satu tahun. Kala itu, Sehun cuma menghulurkan jari untuk dipegang Seana.

Tak sangka Seana malah menggenggamnya dengan erat. Macam melepas geram dan dendam.

"Daddy!!!"

Seana berganti menarik rambut Sehun pula. Kini, kedua lelaki itu diganyang oleh Seana. Mereka berdua saling beradu mengaduh kesakitan. Mana mungkin Sehun mencubit Seana semata-mata ingin terlepas.

Kalau Miyoung tahu Seana dicubit, yang ada dia bakal—

"Sehun!!!"

Teriakan bergema Miyoung membuat hati kedua lelaki itu lega. Mereka menatap pada Miyoung dengan tatapan paling menyedihkan seolah-olah tak bersalah.

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now