HP [8]

425 22 0
                                    


Vote bestieh ❤️

"Jadi kau tinggal dekat apartment depan sana?" Tanya Sehun sambil menikmati buah yang dipotong oleh Miyoung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jadi kau tinggal dekat apartment depan sana?" Tanya Sehun sambil menikmati buah yang dipotong oleh Miyoung.

Sejak gadis itu bersetuju untuk menemaninya, Sehun terus berleluasa menyuruh Miyoung melakukan itu dan ini. Ajaibnya, Miyoung tak membantah.

Melihat betapa lesunya badan Sehun sampai nak mengangkat sudu pun susah, membuatkan rasa berperikemanusiaannya muncul.

Demi sesama manusia, Miyoung diam dan menurut sahaja. Lain pula dengan Sehun yang menganggap gadis itu masih menyayanginya. Hanya saja gadis itu dalam tahap denial.

"Hem. Yeri kata ownernya nak cari penghuni yang boleh jagakan apartment tu. Free pula tu. Kalau aku jumpa dia, aku nak bagi peluk sebab benarkan aku tinggal sana secara percuma," celoteh Miyoung, tak menyadari Sehun yang tersenyum gembira mendengarnya.

"Sayangnya kita tak terserempak awal. Kalau tahu aku dah hantar saguhati."

"Saguhati untuk?"

"Meraikan kedatangan kau. Bukan senang nak dapat sewa apartment kat sini. Setidaknya aku kena kenal jiran," ujar Sehun.

"Susah-susah je. Tapi nasib baik kau baru tahu sekarang sebab aku tinggal dekat sini sekejap je. Tak boleh lama-lama. Nanti nak balik dah. Kalau tidak rasa bersalah pula aku kau dah susah-susah bagi hadiah," ujar Miyoung.

"Tak susah. Kau tinggal terima je. Nanti aku hantarkan," kata Sehun.

"Taeyong balik pukul berapa agaknya? Sekarang dah lewat lah," tanya Miyoung. Dia risau kalau perlu bermalam lama-lama meskipun Sehun dah meminta persetujuannya tadi.

Kerana walaubagaimanapun, keberadaan lelaki dan perempuan tanpa status di dalam ruangan yang sama itu bahaya. Kalau Taeyong balik sekarang, bolehlah Miyoung pergi dan menghubungi Kai.

Dan lagi, Miyoung tak nak menganggu masa-masa Sehun dan Taeyong. Sepatutnya pada waktu begini, Taeyong yang menjaga Sehun, bukan dia.

"Kenapa tanya pasal dia?"

"Tak apa-apa. Tapi ini dah lewat sangat. Kalau dia balik, aku boleh minta tolong dia jagakan kau sekali. Tak semua aku boleh tolong kan? Oh, atau Taeyong memang kerja sampai larut malam? Bahaya pula dia nak drive datang sini. Kau sepatutnya tak boleh biarkan dia seorang diri."

Celoteh Miyoung dianggap sebagai celoteh opet, makhluk aneh dalam series Upin & Ipin. Yang dia dengar hanyalah 'papasipapa papasipaga papasi'.

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now