HP [10]

405 18 1
                                    


Jangan lupa vote ❤️ Kasi semangat satu~

Jangan lupa vote ❤️ Kasi semangat satu~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

From: Sehun
Jangan lupa makan.

Aku dah hantar makanan dekat depan pintu.

Cheer up, princess!

Miyoung menutup telefonnya, mengambil makanan yang diletakkan di sebelah pintu apartment. Sejak kejadian di mana Sehun melihatnya menangis, Sehun jadi makin sering memerhatinya.

Tak jarang dia memberi pesanan bertanya jika Miyoung cukup makan, atau tak cukup tidur, atau ingin dibelikan apa-apa. Dia sedang outstation, jadi Sehun ingin membelikan cenderahati buat gadis itu.

Yang tentunya ditolak halus kerana rasa bersalah. Miyoung tak mahu menyusahkan Sehun. Dia hidup sampai lima hari ini pun berkat duit yang masih tersisa di tangan.

Kerana tahu tak mungkin dia hidup tanpa punca pendapatan, Miyoung berencana ingin bekerja. Tak perlu kerja yang hebat, cukup sekadar menghidupkan dia dan mencukupi untuknya pulang ke Auckland.

Kai dan juga para pekerjanya pasti terkesan kerana kerugian itu. Miyoung takut kalau Kai perlu bersusah-payah menenangkan para pekerja bakery sedangkan itu kerjanya. Kai sendiri cuma seorang posmen.

Mana mungkin lelaki itu punya duit banyak untuk menggantikan kerugian.

Usai menikmati makanan yang diberikan Sehun, Miyoung keluar untuk mencari pekerjaan. Gadis itu merantau kecil di sekitar bandar Seoul, melihat pemandangan pencakar langit di sekitarnya.

Tanpa ijazah, Miyoung pasti sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap di syarikat besar. Jadi Miyoung perlu mencari kedai-kedai kecil yang sudi menerimanya baik itu sebagai pekerja tetap atau separuh masa.

Gadis itu masuk ke dalam salah satu kedai ramen yang sibuk. Kepalanya bergerak mencari manager di sini. Selalunya mereka akan berpakaian berbeza daripada pekerja biasa.

"Hei, saya nak tanya tentang notis pengambilan pekerja dekat depan sana? Boleh lagi ke?" Tanya Miyoung pada salah seorang pekerja.

Pekerja lelaki itu mengangguk. "Ah, ya. Boleh jumpa manager dulu."

Lelaki itu membawa Miyoung berjumpa dengan sang manager yang sedang menghias mangkuk ramen dengan teliti. Saat Miyoung memperkenalkan diri, manager itu menoleh ke belakang, melihat beberapa orang lelaki bertubuh besar yang sedang tajam merenung kearahnya.

"Dari mana kamu tahu kami cari pekerja?" Soalnya, gementar.

"Dari notis kat depan—"

Manager tersebut dengan pantas berlari dan mengonyak notis di depan kedainya. Seraya itu, dia masuk dan mengawal ekspresinya yang sedang ketakutan.

"Kami dah tak ambil pekerja! Sudah penuh!"

Prang!

"Bila lah nak tambah pekerja! Asyik orang sama yang kena buat kerja sampai kelam-kabut jadinya!"

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now