HP [29]

292 27 10
                                    

Mentioned of suicide

Mentioned of suicide—

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Tiga minggu kemudian...

"Kenapa beg baju saya ada dekat luar?"

Miyoung bertanya. Gadis itu nampak keliru. Para pembantu kembali ke rumah Sehun dan sedang bergegas menurunkan barang-barang Miyoung dari tingkat atas.

Setelah bangun tadi, Miyoung tak melihat keberadaan Sehun. Tidak ada lagi rantai pengikat kaki atau penghadang pada tingkap.

Baju dia dalam almari pun disisakan satu sahaja iaitu baju yang Miyoung pakai sebelum diseret masuk ke rumah ini. Turun sahaja ke bawah, Miyoung melihat rumah ini penuh dengan orang asing.

Orang asing yang bergelar pembantu. Mereka sedang membersihkan rumah, tak menghiraukan kehadiran Miyoung.

Salah seorang pembantu yang sudah meletakkan bagasi Miyoung di luar rumah menoleh, lantas menunduk hormat sambil meletakkan kedua tangan pada perutnya.

"Maaf, Cik Han. Kami diminta oleh Tuan Oh untuk bawa keluar semua barang cik dari rumah ini."

Dahi Miyoung menunjukkan kerutan yang jelas. Dia tak faham kenapa mendadak sebegini jadinya.

"Saya dihalau?" Tanya Miyoung lagi. Tak menyangka ianya benar-benar terjadi. Pembantu itu tidak menjawab.

Dia cuma berundur pergi setelah melihat kedatangan Sehun.

Lelaki itu berdiri di sebelah Miyoung, tapi masih ada jarak lebih kurang 10 langkah dari Miyoung. Tanpa memandang kearah Miyoung, Sehun menjawab.

"Ya, bahasa kasarnya aku halau kau. Kalau nak lembut, aku beri kebebasan pada kau. Pergi." Sehun menjawab. Ada sesuatu yang berbeza pada lelaki itu pagi ini.

Miyoung berpusing, menghadap Sehun. Dia menarik dan menghembus nafasnya, memberanikan diri menatap Sehun.

"Kenapa? Kenapa awak lepaskan saya sekarang? Apa lagi rancangan awak?" Curiga Miyoung. Miyoung tak berharap Sehun menatapnya semula. Dia masih takut pada lelaki itu.

Tak diduga, Sehun ketawa. Lelaki itu mengusap pangkal hidungnya kemudian menoleh pada Miyoung.

Gadis itu tersentak saat melihat tidak ada lagi tatapan obses pada mata Sehun. Yang ada hanyalah satu pandangan... benci?

"Rancangan? Kau fikir kau seberharga itu ke sampai aku perlu bersusah-payah nak cari perhatian kau? Oh, mesti kau fikir sebab aku cinta mati pada kau, ada akan pura-pura lepaskan kau, and then cukup masa aku culik kau lagi."

Sehun menayangkan wajah jijik. Hujung bibirnya sampai naik, menunjukkan perasaannya secara terang-terangan.

"Han Miyoung. Lepas aku fikir balik. Kau..."

Sehun mendekat lantas dengan satu jari, dia menolak bahu Miyoung beberapa kali.

"Kau tak adalah sebagus itu untuk aku kejar mati-matian. Orang macam kau yang lahir dalam serba kekurangan dan aku yang lahir dalam senduk emas, tak boleh bersama. Cuba bayangkan, aku yang emas kejar kau yang tak ada harganya walau dengan batu yang paling murah. Itu bukan downgrade ke?"

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now