HP [7]

451 27 4
                                    

Thanks for the vote ❤️ Jangan jadi siders ya 🥲

Thanks for the vote ❤️ Jangan jadi siders ya 🥲

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Maaf tapi rasanya saya kena pergi—"

Miyoung terdiam melihat Taeyong yang sepertinya bersedia untuk menangis ketika dia ingin pergi. Matanya berkaca-kaca, mengisyaratkan Miyoung supaya kekal di sini.

"Suhu badan kawan saya tinggi sangat. Tolonglah. Jangan tinggalkan dia," rayu Taeyong. Lelaki itu menunjukkan termometer yang bebulinya mencapai 39.5°C.

Miyoung ditarik dengan hujung lengan bajunya dan dibawa mendekat ke katil.
Tak ada tanda-tanda Sehun bakal membuka mata. Bibirnya juga pucat lesi.

"Ubat, kain, semuanya dah ada. Saya minta tolong awak jagakan dia sekejap je. Bila saya balik nanti, saya akan bayar awak. Saya minta tolong sangat-sangat. Terima kasih ya!"

Miyoung membaca reaksi wajah Taeyong dan menatap wajah lelaki itu, lama. Ada sesuatu yang bermain di mindanya, membuatkan Taeyong yang dipandang gementar. Miyoung menoleh pada Sehun pula.

Seketika, Miyoung tersenyum lembut. Dia mengangguk, seperti telah menemukan susunan puzzle yang hilang.

Bahu Taeyong ditepuk, membuatkan sang empunya badan kaku. Takut-takut dia menatap Sehun yang belum terbangun itu.

'Lepass!! Lepas!!!' Batin Taeyong berteriak.

"Saya tahu korang ni apa," ujar Miyoung dengan senyuman sedih.

"Hah?"

"Mungkin dekat sini hubungan korang masih tak diterima. Jangan risau. Saya akan sembunyikan. Awak tak perlu risau pasal 'kawan' awak ni. Saya akan jaga baik-baik."

Miyoung mengedipkan matanya sambil tersenyum. Geli hati pula dia.

Taeyong mengundurkan diri, seram pula dia. Miyoung salah faham! Baik dia pergi secepat mungkin sebelum Sehun tahu.

"Jangan panggil doktor! Dia paling anti dengan doktor!"

"Iya-iya. Eh nanti-nanti! Tapi saya boleh tolong sekejap je. Bila awak balik?!"

Taeyong tak mendengar jeritan Miyoung kerana lelaki itu bergegas keluar dari sana.

Sepertinya dia benar-benar sibuk. Miyoung dengan terpaksa memeriksa suhu tubuh Sehun sekali lagi.

Sangat panas sampai tangan Miyoung yang sejuk pun terperanjat. Miyoung segera mengambil besen kecil dan tuala untuk diletakkan diatas dahi Sehun.

Kata Taeyong, Sehun tak mahu berjumpa doktor. Kalau begini caranya, susahlah demam ingin kebah.

"Eurghh..."

Tidur Sehun terganggu. Matanya terlalu berat untuk dibuka. Samar-samar dia melihat kelibat Miyoung yang berada di hadapannya.

"Doktor?" Tanya Sehun, lemah. Dahinya berkerut tapi tak lama kerana Miyoung segera menarik kulit wajahnya agar kembali meregang.

"Bukan. Ini aku Miyoung. Minum ubat dulu ya? Nanti demam kau tak kebah. Lepastu tidur balik," pinta Miyoung. Dia menepuk bahu Sehun supaya tersedar.

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now