HP [14]

376 25 3
                                    


Vote 💦

Tidak ada pencuri di rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tidak ada pencuri di rumahnya. Tiada juga kesan sesiapa masuk di dalam sana. Tak ada apa yang mencurigakan.

Jadi apa? Apa yang Miyoung nampak sebenarnya pada malam itu? Betul ke Miyoung sudah gila?

Tak mungkin dia berhalusinasi. Cahaya daripada kilat pada malam itu jelas-jelas membenarkan dia untuk melihat figura hitam itu. Bahkan tapak kaki figura hitam yang berlari ke biliknya juga masih dia ingat.

Tapi kalau pun ada, bila masa orang itu keluar? Jika melalui pintu depan dan turun dengan tangga, Miyoung dan Sehun pasti dapat melihat pintu kecemasan yang tak ditutup rapat. Biarpun tiada elektrik, papan tanda 'EXIT' tetap menyala.

Kepala Miyoung sakit. Kenapa semuanya berlaku dalam masa yang singkat?

Miyoung sudah tidak tahan lagi. Ada sesuatu yang tak kena. Ada sesuatu atau seseorang yang ingin mempermainkannya.

Gadis itu mengerdipkan mata beberapa kali, melihat dekorasi bilik Sehun yang sederhana. Nampak teratur untuk lelaki bujang sepertinya. Miyoung tersenyum kecil, tak sangka Sehun yang dulunya susah nak mengemas kini rajin pula mengemas.

Dia bergerak, menenggelamkan wajah ke bantal Sehun. Menghirup haruman maskulin di sana.

"Wangi..." Gumam Miyoung.

Satu... dua... tiga...

Senyuman di bibir Miyoung luntur, digantikan dengan adrenalin yang deras.

Bau ini. Bau yang sangat Miyoung hafal sejak kejadian aneh itu. Bau yang sentiasa bertambah usai terbangun di pagi hari.

Bau yang sangat playful dan mahal, kesukaan Miyoung. Miyoung bangun, baru menyedari akan sesuatu.

Miyoung tak mungkin tak dapat membezakan haruman seseorang. Lebih-lebih lagi bau yang sentiasa menjadi asupan paginya.

Kenapa dia baru tersedar yang haruman ini sama dengan haruman di biliknya? Jantung Miyoung berdegup semakin kencang.

Senyuman misteri Sehun menerjah ke dalam fikiran. Miyoung meremas selimut, mengingat kembali pertemuannya dengan Sehun.

Sehun yang tiba-tiba muncul di supermarket berdekatan apartment, Sehun yang tiba-tiba tinggal di depan unitnya, Sehun yang sentiasa datang tepat kala Miyoung down, Sehun yang sentiasa ada untuk membantu Miyoung, Sehun yang muncul di mana-mana!

Singkat kata, di mana dia berada, Sehun ada di sana!

Sehun tak pernah melepaskannya. Miyoung silap besar.

Sehun tidak pernah berubah. Sehun masih lagi Sehun lima tahun yang lalu. Lelaki dengan pemikiran usia 17 tahunnya masih ada. Lelaki psiko yang tak segan membunuh orang hanya kerana mereka menyapanya masih ada!

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now