HP [2]

472 32 0
                                    

Vote ❤️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Vote ❤️

---

Auckland, New Zealand.

Lima tahun berlalu dengan pantas bagi seorang gadis dengan rambut hitam separas bahu itu.

Cahaya matahari bersinar terang tapi tak menganggu kegiatan harian gadis mungil itu. Senyumannya tak hilang dari bibir. Walaupun sudah sejam penuh berada di luar rumah, tak ada peluh yang menitik memandangkan angin bertiupan tak henti.

Tinggal beberapa hari lagi, hampir genap lima tahun setelah dia berjaya bebas daripada pengawasan bekas kekasih yang gila.

Han Miyoung hidup tenang tanpa gangguan sesiapa di sini. Hidup di bandar Auckland tanpa ada yang mengenali identiti sebenarnya. Gadis itu bebas melakukan apa-apa sahaja tanpa ada kekangan.

Perjalanan hidupnya juga mulus. Tak ada halangan langsung. Orang-orang mudah bergaul dengannya. Sentiasa memudahkan kerjanya. Sangat ramah sampai membuat Miyoung betah tinggal di sana.

Miyoung rasa bersyukur dapat berada di sini. Rasanya seperti tak ingin kembali ke Korea lagi. Hidupnya di Auckland dah cukup sempurna.

Cling!

"Penghantaran surat untuk Han Miyoung."

"Kai! Ada surat untuk saya?"

Miyoung meletakkan paip hos ke tanah, mendekati Kai sembari mengelap tangannya yang basah pada apron.

Kai, salah seorang penduduk kawasan Evergreen, bekerja sebagai penghantar surat. Setiap hari dia akan singgah di rumah Miyoung, bertukar khabar jika tidak ada surat buat gadis itu.

"Ehm. Stemnya nampak dari luar negara. Dari kawan pena?" Balas Kai, sopan.

Miyoung mengerutkan dahi, tak pasti kawan mana yang menghantar surat padanya. Dia mengambil surat tersebut dari tangan Kai lantas membaca nama penghantarnya.

"Yeri?" Gumam Miyoung, namun masih didengari oleh Kai. Lelaki itu masih tak ada tanda-tanda untuk pergi.

Dengan cepat Miyoung membuka sampul tersebut dan mengeluarkan selembar surat di dalamnya. Mata Miyoung bergerak-gerak membacanya, fokus.

"Dari siapa?" Tanya Kai. Miyoung mendongak sambil tersenyum kecil.

"Kawan lama. Dia nak kahwin dah minggu depan."

Miyoung masih tak percaya. Kawannya yang dulu paling anti dengan yang namanya Jung Jungkook, sekarang malah bakal menyandang nama keluarga lelaki itu.

Jung Yeri. Comel bukan?

Tapi sedetik kemudian senyuman Miyoung luntur. Semuanya dilihat oleh Kai.

"Miyoung? Awak okey?" Kai menyentuh bahu Miyoung.

"Okey. Cuma..." Miyoung memasukkan semula surat tersebut ke dalam sampul.
"Majlisnya dekat Korea."

"Korea. Tempat lahir awak. Tapi kenapa awak nampak murung?"

"Ya, sebab dah lima tahun saya tak balik. Awak tahu kan yang saya datang sini ada alasannya. Saya masih tak berani nak balik..."

"Sebab ex awak tu?" Kai masih mengingat cerita Miyoung lima tahun lalu. Setelah mereka dekat, Miyoung mulai membuka cerita tentang penyebab gadis itu pindah ke New Zealand.

Miyoung mengangguk. "Saya takut. Dia psiko orangnya. Kalau dia buat apa-apa nanti macam mana?"

Miyoung terbayang-bayang mayat Yeonjun yang dibunuh bertepatan di hadapannya dulu. Terlalu mengerikan. Miyoung tak ingin semuanya berulang kembali.

"Awak yakin dia belum berubah? Lima tahun dah berlalu. Saya rasa dia pun dah lupa pasal semua tu. Cubalah berdamai dengan dia. Saya yakin dia akan maafkan awak," nasihat Kai.

Senyuman tipis lelaki itu hadiahkan. Miyoung menunduk, seperti memikirkan cadangan tersebut.

"Daripada awak murung macam ni, apa kata telefon kawan awak dan tanya khabar dia. Dia dekat Korea kan? Mesti dia tahu apa yang jadi. Tanyakan pada dia tentang kekasih awak tu. Percayalah cakap saya, apa yang bermain di minda awak tu takkan terjadi. Awak cuma paranoid."

Usai mendengar cadangan Kai, di sinilah Miyoung berada. Di dalam bilik dengan Yeri yang berada di hujung panggilan. Ini adalah panggilan video pertama yang dia sambungkan sejak lima tahun memutuskan contact dengan sahabatnya itu.

"Ahhh! Malu! Jangan tanya-tanyaa!"

Miyoung terkekeh kecil melihat tompokan merah jambu pada pipi Yeri yang menjalar sehingga ke telinga. Gadis itu malu kerana ditanya perihal Jungkook, calon suaminya.

"Malu apa? Ceritalah, Yerm! Takkan aku nak act biasa je sedangkan kau tengah alami enemy to lovers trope?"

Yeri meraup wajahnya kemudian bergerak duduk di belakang langsir. Sepertinya masih malu-malu nak bercerita kerana ada beberapa kenalannya di dalam bilik itu.

"Panjang ceritanya."

"Pendekkan, please?"

"Hehe. Sebab kau memaksa. Long-short story, habis kau pergi dari Korea, aku dan Jungkook selalu habiskan masa sama-sama. Kitorang berkabung sekali sebab kau pergi tiba-tiba dengan tak ada khabarnya. Sebab selalu bersama, kitorang dapat rasakan satu bonding yang kuat. Kau ingat kan masa aku dengan Jungkook selalu cerita dekat kau pasal perasaan kami?"

Miyoung mengangguk. Ya, dua orang manusia aneh itu selalu mengadu tentang satu sama lain kepada Miyoung. Memburukkan sesama sendiri tapi setelahnya menyesal.

"Jungkook cakap dia tahu yang aku pun selalu cerita pasal dia dekat kau. Dia confess, cakap suka aku. Dia nak jadikan aku isteri. Dan aku terima!"

Miyoung mengangguk lagi. Turut bersukacita dengan kisah cinta mereka. Yeri nampak sangat bahagia bersama Jungkook. Pasti lelaki itu melayannya bak ratu.

"Kau datang kan? Datang please, Miyoung? Aku penat tahu hantar surat undangan tu."

"Sorry, tak janji, Yerm. Aku tak tahu aku available tak tarikh tu nanti," dalih Miyoung.

"Ke kau takut pasal Sehun?"

Miyoung tak menjawab. Matanya beralih dari memandang Yeri ke keyboard. Sedikit informasi, Yeri dan Jungkook juga tahu serba-serbi tentang hubungan Miyoung-Sehun. Tak hairan lagi mereka saat Miyoung nekad lari.

"Lima tahun dah berlalu Miyoung. Sehun pun dah move on."

Perkataan move on membuat Miyoung mendongak kembali.

"Dulu, bila kau hilang tiba-tiba, dia memang mengamuk sampai satu sekolah hampir nak dihancurkan. Sampai ke rumah aku dia cari. Tapi tak lama lepas tu dia tenang balik, seolah tak ada apa yang jadi. Habis sekolah, dia dah sambung legasi appa dia. Aku dengar dia dah dekat dengan satu perempuan ni, anak kawan bisnes appa dia. So, its safe for you to come back, Miyoung. Dia dah tak kejar kau. It's over."

Deg!

Ada rasa senang dalam hati Miyoung tatkala mengetahui bahawa dia bukan lagi pusat perhatian Sehun. Wajah Miyoung jelas terlihat lega. Dengan begini, Miyoung tak perlu rasa takut berhadapan dengan Sehun bukan?

Dia akan balik dan meminta maaf untuk segalanya. Kemudian kembali ke Auckland dan hidup seperti biasa.

Rasanya Miyoung ingin cepat-cepat ke Korea demi melihat perubahan baru ini.

"Okey. Minggu depan aku datang."

Yeri menguntum senyuman lebar. Dia menatap kearah seseorang di hadapannya dan mengangguk. Barangkali Jungkook.

"See you! And welcome back, Miyoung!"

To be continued

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now