HP [9]

378 28 0
                                    

Jangan lupa vote ❤️ Kasi semangat satu~

''Buat masa sekarang, awak tak dapat balik lagi ke sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

''Buat masa sekarang, awak tak dapat balik lagi ke sini. Bakery kita terbakar. Semuanya musnah tak menyisakan apa-apa pun. Kita rugi besar Miyoung."

Berita buruk menyapa Miyoung. Gugur jantung Miyoung mendengar berita ini. Gambar bakerynya yang hancur lebur tak meninggalkan satu pun kesan membuatkan hati Miyoung hancur.

Bakery yang dibangun dengan hasil wang tabungannya sampai ianya mampu berdiri sendiri itu hancur dalam sekelip mata. Segala kenangan saat dia berjinak-jinak menciptakan resepi dessert mengikut citarasa orang tempatan di sana menerjah minda.

Bagaimana susahnya dia mencari tapak untuk memulakan perniagaan demi menyara hidup.

Miyoung sampai lupa cara menangis. Bakery itu sudah dianggap seperti anak sendiri. Lama dia termenung, masih berusaha memproses maklumat ini.

Perlu masa yang agak lama untuk Miyoung kembali ke realiti. Miyoung tanpa berlengah membuka aplikasi banknya untuk memindahkan wang kepada Kai demi menampung kos membaikpulih kedai.

Lagi-lagi Miyoung dibuat tercengang. Duit di dalam akaun banknya tiba-tiba hilang. Terketar-ketar Miyoung menekan segala butang yang ada namun semuanya tak membuahkan hasil.

Angka di dalam akaun banknya tetap menyatakan nombor kosong.

Tak ada juga sejarah pengalihan wang ke akaun ketiga di sana. Duit Miyoung lesap seperti tak pernah wujud langsung.

Miyoung terus menghubungi Kai dan menangis habis-habisan. Kai sendiri tak tahu bagaimana ini boleh terjadi. Kerana misalnya dia yang menggunakan wang Miyoung, notifikasi akan tetap masuk ke telefon Miyoung, menunjuk resit bukti.

Kalaupun Kai yang guna, duitnya akan diberi oleh Miyoung juga, bukan sembarangan ambil. Kai cuma mengurus kewangan Miyoung dan itu pun dari izin gadis itu sendiri.

Kai menenangkan Miyoung, berkali-kali mengatakan bahawa semuanya akan membaik. Mungkin ada kesalahan pada sistem.

Sambil-sambil on call, Miyoung menyambar begnya dan keluar dari apartment untuk ke bank. Dia perlu memeriksanya secara manual di sana.

Miyoung sampai tergelincir kerana tak dapat melihat jalan dengan benar. Telefonnya terjatuh sedikit jauh dari tempat dia berdiri. Miyoung tersedu-sedan merangkak ingin mengambil telefonnya yang tergeletak di tepi pasu bunga.

Siapa yang tak kalut bila duit dicuri? Miyoung rasa macam nak diserang sakit jantung padahal masih muda.

Secara tiba-tiba, bahunya dipegang seseorang.

"Siapa yang buat kau macam ni? Miyoung, beritahu aku. Biar aku ajar dia. Aku tak suka tengok kau menangis macam ni. Apa yang jadi?"

---

"Maaf, tapi ini bukan kesalahan dari pihak bank. Akaun cik memang tak pernah ada bukti pemasukan atau pengeluaran wang. Cik pasti ada masukkan duit sebelum ni?"

Pekerja bank itu menatap Miyoung dengan wajah bersalah. Lebih gementar dirinya saat Sehun yang menatapnya tajam kerana membuat Miyoung menangis lagi.

Miyoung mengangguk yakin, sudah memasukkan wang ke dalam akaunnya itu.

"Kami tak boleh tolong kalau buktinya tak ada. Memang tak boleh buat apa-apa dah. Kecuali kalau ada bukti secara nyata, kami boleh proceed buat siasatan. Tapi ini memang murni kesalahan cik sendiri, bukan dari pihak kami."

Miyoung termenung, tak menyangka ditimpa nasib malang bertubi-tubi sejak tiba di Korea. Sehabis dari bank, Miyoung diajak ke taman untuk menenangkan diri. Gadis itu duduk bersendirian sementara Sehun membeli minuman.

"Cola?"

Sehun mendekatkan tin cola ke pipi Miyoung yang panas kerana menangis. Gadis itu tersenyum pendek, menerima huluran Sehun. Sehun duduk di sebelah Miyoung, memerhati gadis itu dari tepi.

"Aku yakin aku dah transfer duit. Sebelum ni dapat je aku guna untuk bayar barang. Tak mungkin hilang tiba-tiba," cerita Miyoung. "Kau percaya kan?"

Miyoung menatap Sehun dengan mata kucingnya. Mata bulat yang bersinar yang selalu membuat Sehun terpana. Tapi kali ini Sehun perlu mengikut logik, bukan perasaan.

"Tapi buktinya memang tak ada. Kalau pun bank menipu, kau kena ada bukti dulu untuk dakwa. Kau pasti kau tak berhalusinasi?" Balas Sehun.

"Aku tak berhalusinasi! Aku tak sakit! Aku—"

Miyoung terdiam sebentar, mengingat apa yang terjadi beberapa hari sebelum ini. Dia yang sentiasa sakit kepala, mual, kerap migrain, lesu, muntah-muntah dan tak berselera makan. Miyoung juga teringat cubaannya beberapa membeli tiket tapi gagal. Dan juga soal penceroboh di rumah.

Geram, Miyoung menarik rambutnya dengan kuat. Kepalanya dipukul-pukul. Miyoung tak tahu dia berhalusinasi sahaja atau itu semua memang terjadi. Dia tak dapat membezakan realiti dan mimpi.

"Tak—Tak aku tak sakit! Semua tu terjadi! Arghhh!!!"

Miyoung semakin kuat memukul kepalanya sampai air tinnya dibuang merata. Dengan kalut Sehun menghentikan aksi Miyoung.

Tangan Miyoung dikunci di belakang gadis itu sendiri sampai Miyoung memberontak ingin dilepaskan. Miyoung menggeleng beberapa kali.

"Aku tak tipu! Bakery aku hancur. Duit aku hilang. Sekarang aku tak dapat balik! Aku nak hidup macam mana!" Raung Miyoung. Dia seperti tak tentu hala. Hilang kewarasan.

Plak!

Tak semena-mena, Sehun menamparnya. Bekas jari Sehun terbentuk di pipi putih Miyoung.

"Cukup! Hidup kau belum musnah lagi! Jangan bertingkah seolah-olah esok kau nak mati dengan hanya hilang dua benda tu!" Marah Sehun.

Miyoung berjaya melepaskan pegangan Sehun dan kembali menampar lelaki itu.

"Hanya?! Dua benda tu paling penting untuk aku! Kalau aku tak ada benda tu, macam mana aku nak hidup Sehun? Siapa je boleh hidup tanpa duit?! Tell me! Salah ke aku menangis sebab kedai yang aku bina dari lima tahun lepas musnah? Salah ke?"

Miyoung menumbuk bahu Sehun berkali-kali sampai lelah. Sehun tak membalas lagi. Dia memegang pinggang Miyoung, menahan gadis itu daripada terjatuh.

"Aku dah tak ada apa-apa yang berharga kecuali bakery tu. Sekarang duit untuk cover rugi pun dah hilang. Apa lagi yang aku boleh buat? Aku dah hilang segalanya... hiks..."

Miyoung menyandarkan kepalanya pada bahu Sehun. Usapan halus terasa pada belakangnya.

"Kau masih ada aku. Macam yang kau kata, kita bukan orang asing Miyoung. Takkan aku nak biarkan orang yang pernah bertakhta dalam hati aku sedih macam ni. Kau belum hilang segalanya, Miyoung..."

Sehun tersentak saat merasakan tarikan pada hujung bajunya. Miyoung tak memeluknya, tapi sekadar memegangnya sahaja. Tanpa Miyoung ketahui, Sehun tersenyum penuh makna.

'Kau belum hilang segalanya lagi... sebab ini cuma permulaan. Teruskan peaches. Bersandar pada aku. Terus bersandar dan berharap pada aku macam dulu.'

To be continued


Kalau rasa macam ada yang tak kena kasitau eh. Kita boleh buat bincang

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now