HP [16]

420 21 2
                                    

Diingatkan untuk vote 😢 

Diingatkan untuk vote 😢 

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.


"Perlu ke macam ni?"

Miyoung merintih perlahan, menatap tangannya yang digari oleh Sehun. Sebentar tadi, Sehun menariknya mendekati satu bilik kosong, lantas menolaknya mendekati katil yang bersambung dengan gari.

Sehun mengangguk.

"I don't trust you." Datar Sehun menjawab. "Just like how much you don't trust me." Sehun tersenyum.

"I won't run." Tegas Miyoung.

"Not yet," Sehun menyambung.

"Hanya sebab aku cinta mati pada kau, tak bermaksud aku akan percaya kau seratus persen, peach. Dulu kau pernah lari dari jagaan aku. Sekarang aku tak akan benarkan kau ulang kesalahan yang sama. Be nice. Malam ni kau tidur sendiri. Kita masih belum percayakan satu sama lain untuk tidur bersama kan? Macam dulu?"

Klik! Bunyi gari yang bersambung membuat Miyoung tersedar. Sehun akan mengawasinya dari jauh, ingin melihat sejauh mana Miyoung akan memberontak.

"Kalau kau betul-betul cintakan aku, kau takkan—"

"Sebab aku betul-betul cintakan kau lah. Aku buat macam ni. Kesayangan aku ni nakal orangnya. Suka berlari sampai buat aku lelah. Bertimbang rasa sikitlah, sayang. Aku dah tak sekuat dulu untuk lari kejar kau."

Sehun mencium dahi Miyoung buat kali terakhir. Dia menjauhkan diri daripada katil, menatap Miyoung yang memandangnya dengan tatapan marah.

Gadis itu terlihat sungguh comel di matanya. Seperti melihat seekor arnab yang bakal menerkam bila-bila masa. Sayangnya, gigitan sang arnab ini tak akan melukainya.

"Be a good girl, and you'll be free."

Melihat pandangan benci Miyoung membuat Sehun menjadi sedih. Mudah sekali dia tersinggung kerana penolakan Miyoung. Entah apa salahnya.

Padahal masalahnya kecil. Miyoung saja yang memperbesarkannya. Sehun jadi rindu pada saat-saat Miyoung mencuba menggoncang dinding pertahanan lelaki itu daripada jatuh cinta.

---

Flashback

Sehun mengedarkan pandangan pada pelajar lelaki dan perempuan yang sedang lalu-lalang di hadapannya di kantin. Ralat, di hadapan gengnya.

Di sekolah ini, geng mereka merupakan salah satu geng terkenal oleh kerana pencapaian akademik dan juga kerana betapa bejatnya perangai mereka.

Mereka pintar, namun perangai dan pencapaian mereka tak sejajar. Harap sahaja menjadi pelajar contoh di siang hari, tapi malamnya bakal ditemani dengan arak, wanita jalang, dan juga darah.

(C)His Possession (Wenhun)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt