HP [21]

285 23 0
                                    

Banyak sangat tak scene bunuh-bunuh? Kim nak tunjuk side Sehun yang gila tu dulu sebab dia kan obses + psycho gitu. Lagipun dark romance an 😂 sekarang ni phase dark lagi. Kim tak selitkan lagi romance sebab nak bagi Miyoung traumatised sikit and then lepas tu baru start romance. Bukan spoiler eh. Harap tak bosan.

Jangan lupa vote, thank you! ❤️

Sehun menepati janjinya membawakan mangga kepada Miyoung, asli dari Filipina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sehun menepati janjinya membawakan mangga kepada Miyoung, asli dari Filipina. Lelaki itu bahkan membawakan orang tempatan yang arif dalam memotong buah mangga sebagai cef peribadi mereka.

Habis mangga-mangga itu disumbat ke dalam perut Miyoung sampai kembung dibuatnya.

Orangnya siap memotong buah di hadapan katilnya. Tapi yang anehnya, Sehun mengarahkan lelaki itu supaya membelakangi Miyoung, agar Miyoung tak melihat wajah tampan si lelaki dari Asia Tenggara itu.

Di mata Sehun, lelaki itu boleh tahan tampan ditambah dengan aura maskulinnya. Kalau tahu begini, Sehun suruh atuk-atuk sahaja yang datang sebagai pekerja.

Sehun tak terima jika Miyoung jatuh cinta pada si pemotong buah tampan itu. Menikah dan ada anak-anak yang comel, lagilah Sehun tak sanggup.

"Harini kita balik. Aku ada kejutan untuk kau," ujar Sehun lantas mencuri mangga yang Miyoung pegang.

Entah kenapa firasat Miyoung mengatakan ada sesuatu buruk yang bakal terjadi.

---

Kedua Sehun dan Miyoung berjalan beriringan keluar dari hospital sambil didampingi bodyguard di sekeliling mereka.

Sehun memegang pinggang Miyoung dengan erat, tak membiarkan gadis itu menjauh darinya walau seinci. Susah untuk berjalan kerana Sehun asyik menekannya agar bertempek padanya.

Tapi bila Miyoung cuba alihkan tangan Sehun, mulalah keluar bunyi dengusan serigala dari mulut dan hidung lelaki itu. Terpaksa dia bertabah.

Setidaknya hari ini Miyoung dah sedikit gembira kerana diberi makan mangga. Sudahlah manis, lembut, membuat dia ketagih dan kenyang.

Kegembiraan Miyoung berakhir dalam sekelip mata tatkala melihat katil yang membawa mayat seorang budak kecil melewatinya.

Tak ada yang aneh kerana ini hospital. Namun kerana laluannya perlu melewati mereka, Miyoung tanpa sengaja dapat melihat dengan jelas siapa mayat yang berada diatas katil itu.

Mata Miyoung tak beralih, melihat tubuh kecil Mark yang kaku tak bergerak dengan tanda luka yang terbuka pada bahagian dada.

Wajahnya pucat dengan bibir yang membiru. Miyoung menekup bibirnya. Lidahnya kelu. Matanya berkerdip laju.

"Ma... Mark?" Bisik Miyoung. Sehingga  katil bertroli itu menghilang di hujung koridor pun Miyoung masih tak bergerak.

Sampailah Sehun perlu menggoncang bahu Miyoung agar tersedar.

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now