HP [17]

368 28 5
                                    

Support by voting 🔥

Support by voting 🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kletang! Kletang!

Bunyi besi yang tertarik, bergeser sesama besi mengisi ruangan yang diduduki oleh Miyoung. Tangan gadis itu sudah berlumuran darah setelah mencuba melepaskan diri dari digari.

Awalnya ianya hanya melecet sahaja, tetapi kewarasan Miyoung terhakis setelah lama ditinggalkan oleh Sehun dalam keadaan lapar, dahaga, dan sukar untuk tidur.

Walaupun gari tersebut diikat pada katil, Miyoung tak dapat untuk berbaring diatasnya kerana panjang besinya pendek. Miyoung hanya dapat bersandar, bukan berbaring.

Tangan gadis itu terangkat sampai lenguh kerana darah tak dapat mengalir ke sana. Sudahlah dia perlu membuang air.

Miyoung penat untuk menangis. Tangannya sangat sakit sekarang. Dia ingin pergi dengan segera sebelum Sehun kembali tetapi tidak berjaya.

Miyoung ingin menghubungi Kai. Barangkali lelaki itu boleh membantunya dari jauh seperti membelikan tiket kapal terbang untuknya buat kali terakhir. Miyoung akan pergi dari Korea secepat mungkin.

Miyoung takut dengan hukuman Sehun. Dia tak mahu dirinya menjadi seperti mangsa-mangsa Sehun. Tapi Miyoung buntu sekarang.

Miyoung berhenti dari memaksa tangannya untuk terlepas dari gari. Kulitnya menggelupas, menampakkan daging merah yang segar.

Dalam keadaan tertunduk, Miyoung tertidur. Penat dan sakitnya saling terhubung, membuatkan tubuhnya melemah.

Sementara itu, di bilik sebelah, Sehun bersilang dada menatap aksi Miyoung yang cuba melarikan diri itu. Sudut bbirnya terangkat naik.

Betul apa katanya. Gadis itu memang tak akan diam sahaja menuruti perintahnya seperti dulu.

Gadis kecilnya dah berubah menjadi si nakal yang paling dibenci dulu. Padahal dulu Miyoung sendiri yang mengomel agar Sehun berhenti berulah dan fokus pada pelajaran.

Sehun turuti. Walau dalam diam-diam masih meneguk arak dan rokok. Dan sekarang bila Sehun minta hal yang sama, Miyoung tak mahu pula. Sehun berdecit perlahan.

Dasar perempuan. Mahunya mereka sahaja yang didengari.

Sehun menoleh pada kotak first-aid yang sudah tersedia di sebelahnya. Ubat-ubat dan alatan kecemasan di dalamya sudah penuh dengan yang baru. Memang dia sudah bersiap-siap kalau-kalau Miyoung nekad mencederakan diri sendiri sejak datang ke sini.

Sehun berganjak keluar dari biliknya, menatap pintu bilik Miyoung buat sejenak. Kemudian kakinya melangkah pergi, keluar dari rumah.

Biarlah Miyoung berehat sebentar. Ada hal yang perlu dia uruskan terlebih dahulu.

---

Sehun fokus membersihkan luka Miyoung. Dengan berhati-hati dia menyentuh gadis itu. Miyoung sudah dipindahkan keatas katil.

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now