HP [18]

344 24 3
                                    

Support by voting 🔥

Support by voting 🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







"Good girl. Makan lagi. Nak tambah, peaches?"

Sehun mengusap rambut Miyoung, tersenyum senang kala gadis itu tak membantah saat disuruh untuk makan.

Mereka sudah keluar dari bilik asing tadi. Miyoung dibawa makan di dapur, dengan kedua tangan masih terikat.

Sengaja Sehun tak membiarkan Miyoung bebas bergerak. Mahu bagaimanapun, Sehun tak akan memberi peluang kepada Miyoung untuk mencari celah di mana gadis itu boleh melihat ruang untuknya lari kala Sehun lengah.

Miyoung menggeleng sambil mengunyah makanan. Entah kenapa dia semakin takut pula bila Sehun setenang ini. Padahal dia sudah melihat sisi di mana Sehun menangis meminta dirinya untuk bertahan.

Miyoung luluh. Tapi rasanya dia terlalu gelabah dalam membuat keputusan. Miyoung mulai menyesal terlalu ikutkan perasaan.

Menjadi people pleaser sangatlah susah. Terutamanya kepada Sehun.

"Suara kau dah hilang ke sampai nak jawab soalan mudah pun tak boleh? Atau kau masih takut dengan aku?" Geram Sehun.

Padahal dia ingin mendengar suara merdu Miyoung. Tetapi gadis ini sentiasa tak faham dengan permintaannya. Susah peka.

Miyoung tersenyum masam, memegang tangan Sehun untuk menenangkan lelaki itu. Jika ingin bertahan, Miyoung perlu pandai mengemudikan perasaan Sehun. Dia perlu pandai bermain sama seperti Sehun.

"Saya tak nak tambah makanan. Yang ini pun belum habis. Nanti perut saya kembung," ujar Miyoung. Tangan kecilnya memegang erat tangan Sehun.

"A—awak pun makan juga, Sehun. Dari tadi asyik saya je."

"Tengok kau makan je aku kenyang."

"Jangan tangguh-tangguh makan. Nanti perut masuk angin. Makan ya, Sehun? Awak tak nak teman saya makan?"

Sehun merenung Miyoung tanpa mengerdipkan matanya, membuat gadis itu berpeluh di dahi. Berpeluh kerana takut salah cakap. Peluh sebesar biji sawi itu mengalir di dahinya.

Sehun mendengus perlahan.

"Pumpkin." Sehun membetulkan sebutan namanya. Hanya beberapa saat sahaja untuk Miyoung faham maksud riak wajah Sehun yang memaksa itu.

"Pumpkin makan ya?"

Lelaki itu suka sekali dengan pet name. Seandainya yang Sehun suka itu bukan labu tetapi anjing, pasti Miyoung dah lama menggunakan pet name tersebut dengan senang hati tanpa perlu disuruh.

"Erm, pumpkin makan."

Dengan menggunakan sudu yang sama, Sehun menyuap makanan ke dalam mulut sendiri. Sesekali dia menyuap semula kepada Miyoung.

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now