HP [19]

329 27 13
                                    


Thanks for the vote! 🥰

Rasa macam cukup je kan kalau ada dalam 20 to 30 part je cerita ni?

Rasa macam cukup je kan kalau ada dalam 20 to 30 part je cerita ni?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mata Miyoung bergetar, melihat kehadiran orang yang tak disangka di hadapannya. Dia masih tak berani bersuara mahupun mengangkat anggota badannya yang lain kerana orang-orang itu sedang bergaduh di hadapan katilnya sekarang.

Pernyataan yang keluar daripada mulut mereka membungkam Miyoung. Kepercayaan yang dia tanam hilang sekelip mata.

Miyoung ingin mengelap air matanya namun tertahan. Dia mengemam bibirnya, tak mahu isakannya terdengar.

"Kita dah sepakat. Aku carikan cara Miyoung balik dan kau dapatkan dia baik-baik. Bukan sampai cederakan dia, Oh Sehun!"

Marah Yeri dengan badan yang ditahan oleh Jungkook. Dahi perempuan itu berkerut sehingga urat-uratnya menimbul.

"Kau dah janji takkan usik Miyoung macam tu. Kalau aku tahu sifat kau masih sama, aku takkan setuju bekerjasama dengan kau!" Tunjuk Yeri pada Sehun. Perempuan itu meronta-ronta ingin dilepaskan.

"Perjanjiannya cuma cari Miyoung dan aku akan bayar segala kos perkahwinan termasuk honeymoon korang. Dan juga bayar hutang keluarga kau. Selebihnya terserah pada aku untuk buat apa pada Miyoung," ujar Sehun dengan tenang.

Kedua tangannya diseluk ke dalam poket.

Yeri terdiam. Tangannya terkepal tetapi dia tidak dapat melawan. Dia sudah berhutang banyak pada Sehun.

"Honeymoon korang masih berbaki 12 hari. Kenapa balik sekarang?" Tanya Sehun, curiga.

Yeri lebih memilih untuk diam kerana malu. Dia sudah berhenti dari meronta dan membalas pegangan Jungkook.

"Kami nak sambung honeymoon di sini. Awalnya kami nak melawat Miyoung dulu supaya dia tak curiga. Tapi tak sangka dia rupa-rupanya dekat sini," Jungkook menjawab.

"Bukan atas tujuan lain?"

Jungkook menggeleng.

"Macam mana dengan diorang dekat sana? Kau dah urus pampasan?"

"Sudah. Jongin dah bagi. Dia dalam perjalanan balik ke sini."

Sehun mengangguk faham.

"Korang boleh pergi. Jangan pernah ungkit pasal hal ni depan Miyoung. Atau hutang yang aku langsaikan, harus kau bayar dengan darah sendiri. Faham?"

Yeri menayangkan wajah protes, ingin mengumpat tetapi mulutnya terus ditekup oleh Jungkook. Jungkook mengangguk faham dan mengheret Yeri keluar.

"Bagi kami melawat Miyoung dulu!" Ujar Yeri. Sehun menajamkan pandangannya.

"Siapa kau sampai aku kena bagi kebenaran untuk jumpa Miyoung?" Balas Sehun, tidak suka.

"Kami kawan Miyoung. Takkan melawat Miyoung pun tak boleh?" Desak Yeri. Sehun tetap dengan keras kepalanya.

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now