HP [15]

388 23 1
                                    

Vote ya 😚 Jangan jadi siders

Sehun tak menjangka menangkap Miyoung semudah ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sehun tak menjangka menangkap Miyoung semudah ini. Bagaimana kekasih manisnya kembali ke dalam dakapan seperti lima tahun dulu.

Rasanya Sehun ingin berteriak kepada dunia, memberitahu bahawa dia berjaya membawa gadis itu pulang. Sehun menang kerana takdir sentiasa memihak padanya.

Sejauh mana Miyoung lari, jika Sehun tak memotong tali yang mengikat mereka, Miyoung tetap akan kembali padanya.

"Sehun...!"

Orang yang dipanggil sedang mencengkam pergelangan tangan Miyoung, tak membiarkan gadis itu lari.

Wajah Miyoung tegang. Anak matanya bergetar, takut membayangkan sifat agresif Sehun muncul kembali.

"Why? Aku semenakutkan itu, peaches? Kau menggeletar kuat padahal beberapa hari sebelum ni kau tak peduli pun waktu aku peluk. Kenapa takut sekarang?"

Sehun menyentuh pipi Miyoung tapi cepat-cepat ditepis. Sehun tersenyum datar, agak tak terima sentuhannya ditolak.

"Jangan gila, Sehun! Kita cuma berkawan! Kau dah janji nak lupakan segalanya. Lepaskan tangan aku! Sakitlah!" Miyoung memberontak.

Sehun ketawa dengan suara yang sangat menyeramkan. Tangan Miyoung semakin kuat dicekal, menyalurkan amarahnya kerana hubungan mereka yang tidak dianggap.

Sehun tak suka.

"Kawan? Kawan mana yang tahu apa rasa bibir kawan sendiri, sayang?" Sehun mencengkam dagu Miyoung sampai rasanya ingin patah.

"Kau tak berubah. Dari dulu suka buat keputusan sepihak. Selalu nak orang faham kau, tapi tak pernah nak faham aku. Kali ni, aku tak akan berkompromi lagi. Kau buat silap besar sebab balik, Han Miyoung."

Miyoung mengggeleng. Matanya memanas. Rasanya terlalu sakit dicengkam oleh Sehun sampai ingin bersuara pun Miyoung tak sanggup.

Miyoung sampai tak dapat mencerna apa yang sedang Sehun bebelkan dek kerana rasa sakit yang memonopolinya.

"Follow me or you'll get your consequences!"

Sehun menarik Miyoung ke kereta, tak mahu menjadi perhatian jiran-jiran di kawasan ini. Miyoung sampai perlu melebarkan langkah mengikuti jejak Sehun oleh kerana terlalu laju.

Sampai di kereta, Sehun menolak Miyoung masuk dengan kasar. Pintu kereta ditutup kasar jua, sampaikan boleh bergegar satu kereta.

Ketika Sehun masuk, dia memajukan diri ke depan, memakaikan seatbelt pada Miyoung. Lelaki itu tersenyum melihat kepatuhan Miyoung, sama seperti lima tahun dulu.

Bezanya, kereta ini sahaja yang berubah.

Sehun mengusap kepala Miyoung sebagai tanda treat kerana tak melawan.

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now