HP [28]

298 27 0
                                    

Dia mungkin macam tiberr sikit tapi nikmati sajalah.

Btw sengaja saya tak italickan flashback sebab malas. Apa ni baca senget-senget macam abang biasa, biasa maksudnya?

Bye!

Jangan lupa vote! Jangan jadi siders!

Jangan lupa vote! Jangan jadi siders!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Dia keluar dengan sepupu jauh dia. Bukan orang lain. Kau tak perlu buat sampai jejak dia guna GPS. Dia bukan anak kucing yang hilang."

Jongdae melempar telefon yang menampakkan gambar-gambar Miyoung bersama sepupu jauhnya yang bernama Minhyuk.

Minhyuk berusia 14 tahun dan tinggal di Jepun. Dia akan datang ke Korea jika ibu bapanya memiliki pekerjaan di sini. Melawat Miyoung hanyalah sebagai basa-basi kerana perempuan itu anak yatim.

"Puas? Dia tak curang macam yang kau sangka."

Sehun melempar telefon Jongdae ke dinding. Urat dahinya timbul. Jongdae mengeluh untuk kesekian kalinya. Barangkali dia perlu menggunakan nokia agar telefon tidak dijahanamkan Sehun.

Sehun ketawa sambil meraup rambutnya ke belakang. Kepala lelaki itu bergerak-gerak seperti ingin keluar dari badan, lagak seperti penanggal.

"Tak curang? Pfft! Itu apa? Pegang tangan, peluk, cium. Tak curang kau kata Jongdae? Atau kau sepakat dengan dia?"

Raut wajah Sehun tak bersahabat. Lelaki itu berdiri, menuju kearah Jongdae yang telah diupah untuk memerhati kegiatan Miyoung dari jauh. Kolar baju lelaki itu dicengkam.

"Kau bersekongkong dengan dia kan?! Jawab!" Jerit Sehun. Badan Jongdae sampai tergoncang akibat amarah Sehun.

Lelaki itu menampar Jongdae berkali-kali sehingga Jongdae berundur ke belakang. Jongdae membiarkan Sehun melepas amarah padanya sehingga selesai.

"Jawab, bodoh! Kau suka dia kan?! Kau nak ambil dia dari aku?! Sebab itu kau selalu warning dia jangan dekat dengan aku kan! Kau nak Miyoung aku! Milik aku!" 

Bugh!!

Jongdae membalas tumbukan dengan pukulan yang lebih kuat sampai Sehun terbatuk darah. Dia menerjang Sehun sehingga terjatuh dan kembali menampar Sehun sehinggalah lelaki itu pula yang diam.

"Sudah?!" Tanya Jongdae dengan api yang membara di matanya. Sehun kembali batuk.

"Aku... warning dia sebab ini! Kau panas baran! Kau tak pandai kawal emosi kau. Aku sebagai kawan yang kenal kau dari lama, takkan pernah bagi kau angkat tangan pada perempuan. Bukan sebab aku suka dia. Aku bertimbang rasa pada dia! Pada kau! Hentikan fikiran bodoh kau tentang orang yang akan tikam belakang kau! Itu semua mainan otak kau!"

Jongdae menarik Sehun berdiri dan menolaknya sampai jatuh keatas sofa. Dia menangkup pipi Sehun dan menamparnya buat kali terakhir.

"Sedar! Kawal diri kau dan jangan sampai hilang kawalan."

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now