HP [6]

458 25 5
                                    

Vote ye korang ❤️

Vote ye korang ❤️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Benar kata Kai. Tak mungkin Sehun masih berdendam sampai sekarang. Meskipun ada sekali dua Sehun tersentuh tangannya seperti ingin memimpinnya seperti dulu, tapi lelaki itu nampak tak seagresif dulu.

Bahkan Sehun meminta maaf kepadanya kerana terlalu lancang mengurusi hidupnya. Lelaki itu nampak betul-betul bersalah.

Melihat Sehun yang benar-benar berubah membuat Miyoung lega. Mereka sudah bersepakat melupakan kenangan lalu dan menjadi sahabat. Sehun kata Miyoung masih boleh menghubungi jika ingin meminta bantuan.

Miyoung menyelipkan kad yang berisi nombor Sehun di dalam dompetnya. Dia masih tak menyimpannya secara digital, mungkin masih menunggu masa yang tepat untuk menghubungi lelaki itu.

Lagipula tak ada kepentingan buatnya menyimpan nombor itu.

From : kaibear@yyyy.yyyy

'Saya dah tempah tiket balik ke NZ. Nanti check balik ya, Miyoung!

Regards,
Kai

Pdf.attach.'

Email daripada Kai dibaca sekilas. Miyoung sudah memutuskan untuk kembali ke New Zealand lusa. Dia ingin mencari cenderahati buat kenalannya di New Zealand terlebih dahulu.

Terutamanya Kai dan para pekerja bakerynya. Ya, di Auckland sana, Miyoung membangun kedai bakery secara kecil-kecilan. Penghasilannya lumayan untuk menghidupkan Miyoung dan beberapa orang pekerjanya.

Hari ini genap seminggu Miyoung berada di Korea sejak majlis pernikahan Yeri dan Jungkook. Bukannya tak mahu pulang awal, tapi Kai yang masih mencari tiket dengan harga yang berpatutan sampai mengheret masa Miyoung. Miyoung tak masalah dengan hal itu asal dia pulang dengan selamat.

Kalau ikutkan boleh saja Miyoung ambil mana-mana tiket yang ada, tapi Kai melarang, katanya membazir. Akhirnya Miyoung biarkan saja Kai yang mengurusnya.

Memang selama ini pun Kai yang sibuk mengurus urusannya. Dah serupa bapa dan anak sudah. Miyoung percaya sepenuhnya pada Kai kerana selama lima tahun ini, tak pernah lagi Kai mencuri duitnya atau menggunakan akaunnya untuk melakukan hal yang tidak baik.

Sehun pula sudah lama tak muncul di hadapannya. Nampaknya Sehun juga tak mahu menganggu hidup Miyoung lagi. Tak sangka mereka berdua dapat mencapai kesepakatan sebegini setelah dewasa.

Andai begini hubungan mereka dahulu, Miyoung tak perlu susah-susah lari demi menyedarkan Sehun.

Lupakan Sehun, dia pasti sibuk dengan kerjanya. Buat apa dia peduli pada Miyoung bukan? Mereka bukan siapa-siapa.

Kenapa Miyoung perlu teringat pada Sehun sejak datang ke Korea? Setiap minit asyik terfikir soal lelaki itu. Dah macam dia pula mengharap Sehun kembali.

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now