02 : ♡

102K 5.7K 826
                                    

Aku mengeluarkan isi dalamnya.

Plain shirt.

Sweatpants.

Kemeja.

Seluar slack.

Singlet.

Tie.

Beannie.

Cap.

Ripped jeans.

Sweater.

Hoodie.

Dan boxer.

What? Boxer? Uewww!

Aku membuang boxer itu jauh-jauh. Tak sanggup tengok.

'Hei dey, kau dah pegang dah pun.'

Aku membuat muka geli. Seumur hidup aku tak pernah pegang pakaian spesies macam tu. Abah pun tak pernah pakai tau boxer. Apatah lagi boxer mahal macam Calvin Klein ni. Huh.

Baru sahaja aku ingin menyelongkar lebih dalam isi apa yang ada dalam bagasi tu, ketukan di pintu kedengaran.

"Adik?"

"Ye umi?"

"Dah habis kemas ke belum?"

"Kenapa tanya?"

Soalan umi aku balas dengan soalan. Jangan cakap nak bagasi...

"Umi nak luggage umi. Umi dengan abah nak tidur ni. Daripada adik masuk bilik kami dan menganggu ketenteraman umi dengan abah, baik umi ambil sendiri."

Hamboi umi...mentang-mentang masih subur. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Gawat ni, nak bagitau apa?

Ini semua along punya pasal lah. Suka hati zirafah dia je guna luggage aku. Tak minta izin pula tu. Tengok-tengok atas almari dah tak ada. Tanya umi, dia pergi Jepun. Tak guna. Ada duit tapi tak nak beli sendiri.

Ok stop membebel Hani Daerina!

"Adik?"

"Ye umi?"

"Kenapa diam ni? Dengar tak apa umi cakap? Buka pintu ni. Umi nak masuk."

Ouh tidak!

"Err..esok boleh tak umi? Adik nak tidur ni."

Kelentong aku.

Perlahan-lahan baju lelaki yang aku campak tadi aku letak kan semula dalam bagasi. Umi yang di luar bilik senyap tidak berjawab.

Aik..dah tertidur depan pintu bilik aku ke?

Aku mengangkat bagasi itu dan aku sorokkan ia di bawah katil.

Bersemadi lah dikau di bawah itu. Entah jumpa atau tidak tuan nya, tak tau lah.

Aku bergerak ke arah pintu dan aku buka. Terjerit aku kemudian nya. Hampir sahaja terjatuh kedebuk di atas lantai. Nasib aku masih lagi memegang tombol pintu.

Astagfirullahalazim!

Cepat-cepat aku istghtifar dalam hati apabila melihat susuk tubuh umi berdiri tegak depan pintu bilik aku. Sudah lah dengan bedak sejuk bertempek di muka.

"Umi!"

Au mengurut dada. Kus semangat. Nasib tak ada sakit jantung. Kalau tidak, arwah dah rasanya aku sekarang ni. Tak dapat jumpa jodoh aku.

"Tepi. Bagi umi masuk."

Umi menolak badan aku ke tepi. Sekali tolak sahaja aku sudah berada di tepi pintu. Sorry ya, bukan nak cakap umi aku tu gemuk, tapi badan aku ni aje yang kecil sikit.

Tapi tak pe lah, senang sikit suami aku nak dukung nanti. Heh. Menyempat. Hahaha.

"Mana bagasi?" Bebola mata umi meliar ke sekeliling bilik sebelum memandang aku.

"Err..sebenarnya―"

"Sebenarnya?"

"Sebenarnya, bagasi umi adik tertinggal rumah Syira."

Phueww. Bagus kau Hani. Menipu lah umi tu.

Tapi, tipu sikit tak apa kan?

"Patutlah takut semacam. Esok ambil."

Aku hanya mengangguk faham. Kemudian nya, umi berura-ura mahu keluar dari bilik aku, tapi langkahnya terhenti apabila matanya menangkap sesuatu.

Lantas dia mengutip "sesuatu" itu. Terbeliak mata aku melihat umi memegang benda alah itu. Ayak! Macam mana boleh terlepas pandang ni?

"Hani Daerina. Ini apa?"

Boxer Calvin Klein wei!

"Err..itu..err―"

"Apa err err? Hani buat apa dengan boxer ni?"

"Itu..adik.."

Arghh! Nak jawab apa ni? Boleh mental aku bersoal jawab dengan umi ni. Keluar mata pedangnya memandang aku. Pengetua sekolah menengah lah katakan.

"Itu adik beli untuk Along. Haa untuk Along.."

Naik terangkat sebelah kening umi. Rasanya relevan kot aku punya alasan tu. Sebab Along aku memang pakai boxer. Angah tak kut.

"Are you sure?"

"Yes. Pretty sure."

"Ok. Biar umi simpan. Nanti umi tolong bagikan."

"Eh tak payah!"

Aku menahan umi daripada keluar bilik. Boxer di tangan umi aku ambil dan sorok di belakang badan.

"Tak pe. Adik bagi sendiri nanti. Baru lah surprise kan. Baru lah dia tau adik kesayangan dia ni ada belikan dia cenderahati."

Aku tersengih kambing. Walhal dalam hati, rasa nak nangis. Bila umi nak keluar? Tak sanggup lagi dah aku nak pegang kain spesies mahal macam tu.

Kalau tuan nya pembersih ok juga. Ini kalau tuan nya ada HIV? Penyakit kulit? ADS? Haa..tak ke naya?

"Macam-macam lah adik ni. Tapi umi pelik, kenapa boxer tu tak nampak macam baru pun?"

Ya Allah umi. Pengetua sekolah memang suka soal siasat ke? Adehh.

"Sebab adik beli kat bundle. Umi lah bagi duit sikit kat adik. Tak boleh adik nak belanja lebih sikit. Huwaa! Ngantuk lah umi. Adik nak tidur dulu. Bye. Adik bawa umi ke pintu ya?"

Aku mencampak boxer itu ke belakang dan menolak perlahan badan umi keluar. Terus aku tutup pintu dan kunci. "Pelik budak ni." Kedengaran suara umi di luar.

Aku tak kisah dicop pelik atau dicop mempunyai koleksi boxer lelaki. Yang aku kisah sekarang ni, aku nak pergi bilik air. Nak basuh tangan aku.

Takut ada jangkitan masa pegang seluar spesies tu. Losyen body shower mawar aku ambil. Kenapa lah sainstis tak nak cipta sabun yang boleh menghilangkan kuman daripada boxer manusia?

Erghh stress!

Ini kalau tunjuk kat Syira yang aku ada boxer Calvin Klein, mahu terberak budak tu.






×××
To be continued

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now