32 : ♡

118K 4.2K 169
                                    

"Abang gembira untuk Hani. Kalau nak duit for your business, just tell me."

"Eh tak perlu. Untung yang Hani dapat cukup untuk business Hani. Tak pa tak pa. Simpan je duit abang tu untuk masa depan."

Aku menolak dengan lembut. Tidak mahu diri dicop menyusahkan nanti.

"Sayang. Memang itu kan kewajipan suami pada isteri. Jangan lawan abang please. Setiap bulan abang masukkan duit dalam akaun Hani. Nak guna, pakai aje duit tu. Memang hak Hani."

Muka Dariel sudah bertukar serius. Aku terdiam. Takut pula mahu melawan. Akhirnya, aku mengangguk sahaja.

"Ye lah Hani terima. Dah, jangan lah buat muka serius macam tu. Bukan makin buruk, makin handsome, tahu? Hani tak kuat. Hehe."

Aku memeluk lengan Dariel. Ingin bermanja setelah berapa minggu tak berjumpa.

Dariel tersengih dengan manja si isteri. Dia tidak menjawab malah hidung milik Hani dipicit lembut.

"Apa abang picit hidung Hani."

Aku mengusap hidungku. Tak sakit dan kuat mana pun. Tapi dah kalau muka putih tu, nampak juga lah merah tu.

"Siapa suruh manja-manja dengan abang dekat luar macam ni. Kalau kat rumah dah lama abang terkam, tahu?"

Dariel mengenggam tangan aku dan lirikan nakal diberi. Aku sudah tersengih. Lagi lah nak manja-manja kalau gini.

"Biar lah. Siapa suruh abang jadi Mr. Seducer Hani yang handsome sangat. Bukan salah Hani kalau Hani manja sebab semuanya berpunca dari abang." Aku menyakat. Bibir bawah digigit perlahan.

"Hamboi, berani ya? Dekat rumah tak ada pula nak manja macam ni."

"Rumah lain. Itu selalunya abang yang mulakan. Hani tunggu je." Aku mengenyit mata. Nakal sungguh!

"Macam-macam ehh? Jaga sayang kat rumah nanti!"

Dariel sudah memandang gatal. Aku mengekek ketawa. Haihla suami, sesungguhnya aku tak kisah. Dapat pahala apa layan suami!

Kami bersama-sama masuk ke dalam bangunan yang menjual pelbagai jenis kereta itu. Rambang mata aku jadinya.

"Hai boss. Dah lama tak turun sini. Bahagia dengan bini sampai lupa kami kat sini ke? Muka tu berseri-seri nampak."

Seorang lelaki lengkap beruniform formal itu menegur Dariel dengan sengihan di bibir.

"Mestilah Man. Bini lawa wooo. Bro tak kuat."

Balas Dariel. Gelak besar mereka bersatu. Aku memandang mereka berdua pelik. Boss? Apakah?

Melihatkan Hani yang diam tidak berkutik, menyedarkan Dariel yang sekarang ini isterinya itu tidak tahu apa-apa.

"Razman, kumpulkan semua dekat tempat biasa. Kejap lagi aku datang. Nak naik pejabat sekejap."

Dariel memberi arahan. Pantas lelaki yang bernama Razman itu melangkah pergi dengan anggukan di kepala.

Aku yang masih blur ditarik perlahan oleh Dariel masuk ke dalam lif. Dariel melingkarkan tangannya dipinggang aku. Wajahku ditenung.

"Kenapa sayang?"

"Hani tak faham. Blur. Apa semua ni? Boss? Abang boss kat sini?"

Aku mengeluarkan pertanyaan yang berlegar di ruang fikiran itu. Dariel hanya tersenyum.

"Abang terangkan kat atas."

Saat kami sudah menapak keluar dari lif, Dariel membawa aku ke bilik kerjnya. Sempat mata aku melilau meneliti keadaan. Aras ini seperti sebuah pejabat.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now