20 : ♡

107K 5.9K 2.5K
                                    

Aku memeluk Syira erat. Aku menangis semahunya dibahu kawan baikku itu. Melepaskan segala rasa sakit yang berada di dalam hati.

Syira mengusap-usap belakangku perlahan. Bertuah sungguh aku mempunyai kawan sebaik Syira. Sanggup dia meredah jalan pada tengah hari buta dari Terengganu sampai ke Kuala Lumpur semata-mata ingin memujuk aku.

Aku tersedu-sedan di depan nya. Tisu di dalam kotak aku ambil dan mengelap hidung yang berhingus. Termasuk ini, sudah empat buat kotak tisu habis aku gunakan. Mana taknya, air mata tak henti mengalir macam air terjun.

"Aku dah sayang dekat dia Syira. Aku dah suka kat dia. Jatuh cinta pada dia. Tapi kenapa bila aku nak confess, ada saja benda menghalang. Bila ingat balik, sakit hati aku Syira. Perempuan tu datang dahlah tanpa salam, tiba-tiba menyampuk. Diaorang berdua dalam rumah tu lepas aku keluar dari situ. Apa yang diaorang buat Syira? Entah-entah...dorang...Ya Allah. Kenapa Dariel buat aku macam ni? Kenapa?"

Air mata terus mengalir laju. Tiada tanda-tanda untuk berhenti. Otak aku ligat berfikir bukan-bukan.

"Sabar lah Daerin. Mungkin ini dugaan kau."

"Dugaan apa wei apa? Aku tak boleh. Hati aku memang ada dia seorang je."

Aku menyembamkan muka ke bantal. Aku meraung di situ. Dilihat pada gaya, aku tidak ubah seperti perempuan gila.

"Kau tak tahu lagi si Lara tu siapa pada dia. Tapi kau dah cakap dia bukan-bukan. Kadang-kadang aku rasa apa yang Ifan tu cakap ada betulnya. Kau cakap ikut sedap kepala. Kau ada tanya Ifan siapa si Lara tu? Tak ada kan? Jadi, stop with assumptions. Tanya dia sendiri. Kau kata kau suka dia kan? Cuba dapatkan dia. Dia tolak kau atau terima kau, itu belakang cerita. Well, at least kau sudah meluahkan apa yang kau rasa. Daripada kau tak usaha apa-apa."

Aku terdiam sejenak. Air mata semakin surut. Syira aku pandang.

"Tapi dia dah benci aku Syira. Dia panggil aku pun miss. Bukan Hani lagi. Dia sendiri tarik aku keluar dari rumah dia. Kau rasa dengan apa yang dia buat tu menampakkan yang aku ada peluang untuk cuba dapatkan dia? I don't think so."

Suaraku sudah tersekat-sekat di kerongkong. Mungkin kerana terlalu banyak menangis. Hati aku masih pedih dengan semua ini.

"Cuba Daerin cuba. Mana tahu Ifan juga suka pada kau. Kau belum sempat confess kat dia, kau dah kata macam tu. Mana Daerin yang aku kenal dulu? Yang always cuba untuk dapatkan apa yang kau nak. Yang always curious about something. Kau tak curious about apa yang ada dalam hati Ifan? Apa perasaan dia terhadap kau?"

Satu persatu persoalan itu bermain di benak fikiranku.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

Aku bermain-main dengan pen di tangan. Butik aku makin hari makin dikenali ramai. Walaupun produk ku ini bukan dari jenama aku sendiri, tapi itu sudah mencukupi.

Jika mempunya rezeki lebih dan dimudahkan oleh Allah, InsyaAllah tidak lama lagi aku akan mengeluarkan jenama sendiri.

Aku melihat jam di tangan. Jam sudah menginjak ke pukul 12.30 tengah hari.

Lunch. Cun sangat lah tu. Aku pun memang lapar sekarang ni. Aku keluar dari dalam bilik ku.

"Alia, jaga butik kejap ya? Saya nak pergi makan? Awak nak kirim apa-apa?" Aku bertanya kepada Alia, pekerja yang paling lama di situ.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now