22 : ♡

114K 5.3K 1.3K
                                    

Aku menggigit kuku. Kepala aku ketuk dengan bantal.

Kenapa sengal sangat Hani Daerina?!

Teringat lagi kejadian semalam di mana aku berkata yang aku ingin berkahwin dengan dia. Semua ini tak salah! Sebab dulu pun Siti Khadijah yang melamar Nabi Muhammad. Tapi Siti Khadijah melamar cara elok la dan Nabi yang pergi meminang.

Tapi masalahnya cara aku ni yang salah. Apa kejadahnya aku melamar dia dekat belakang kereta? Tak ada tempat yang lagi strategik ke?

"Dariel Luftan, saya nak kahwin dengan awak. Awak nak kahwin dengan saya tak?"

Mulut Dariel terbuka luas. Mungkin tidak menjangka apa yang aku buat ini. Jangan kan dia, aku pun sama.

Aku turut terkedu dengan apa yang aku kata. Entah dari mana aku dapat keberanian ini. Dari kejadian di mana Lara bermesra dengan Dariel tadi kut.

Thanks Lara.

"What?!" Dariel bertanya. Mukanya masih terkejut.

Aku sudah terdiam. Dia tak nak kahwin dengan aku ke ni?

"Err--tak pe lah. Abaikan. Lakonan je ni. Alah macam drama. Bye."

Aku berlari-lari ke kereta. Panggilan Dariel aku buat tidak dengar. Pantas aku menutup pintu kereta.

"Along, drive cepat!" Along yang masih blur terus menekan minyak dan kereta meluncur laju di atas jalan raya. Aku memandang Dariel dari cermin sisi di hadapan. Lama kelamaan tubuh Dariel hilang dari pandangan.

Tok tok tok! Ketukan di pintu mengejutkan aku. Aku mengurut dada. Kus semangat.

Pintu yang terkunci aku buka. Kak Wawa memandang aku dengan senyuman penuh makna. Aku yang melihatnya sudah pelik. Seram pun ada. Mana taknya, datang bilik orang je sengih macam tu.

"Kenapa?"

"Ada orang nak jumpa Daerin. Akak suruh dia masuk, dia tak nak."

"Siapa?" Kak Wawa hanya mengangkat bahu dan berjalan pergi.

Aku masuk ke dalam bilik kembali dan memakai selendang.

Aku turun dari tingkat atas selepas itu. Pintu utama aku buka. Belakang seorang lelaki menjamu pandangan mataku. Sedar dengan kehadiranku, si empunya badan memusingkan tubuhnya.

"Hani." Dariel tersenyum manis memandang aku.

Aku? Rasa macam roh sudah keluar dari jasad.

"Awak bu--buat a--pa kat si--sini?" Tergagap-gagap aku bertanya.

Dariel menapak setapak ke hadapan.

"See you obviously."

"Saya busy."

Aku mahu menutup pintu tapi ditahan oleh Dariel. Dia tidak menjawab. Kepala dia jengulkan sedikit ke dalam rumah. Aku terpaksa bergerak ke tepi supaya kepala kami tidak berlaga.

"Kak Wawa, saya pinjam Hani kejap ya?!"

"Ok!" Kak Wawa membalas dari dalam. Aku sudah tidak terkata. Diam seribu bahasa. Dariel menutup pintu. Tangan aku dia tarik.

"Lepaslah Dariel."

Benci betul aku. Sikit-sikit tarik, sikit-sikit tarik. Fikir aku ni tali lembu ke?

"Diam kalau tak nak saya dukung."

Terus aku mengunci mulut. Dariel membawa aku ke dalam kereta mewahnya. Dia kemudian duduk di kerusi pemandu. Kereta dikunci. Dariel bersandar selesa di kerusi sambil matanya tepat menikam mataku yang turut merenung dirinya.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now