21 : ♡

105K 5.6K 2.1K
                                    

"Hai baby. Nice to meet you again."

Dariel menegur dari belakang. Aku berpaling memandang ke arahnya. Sengihan tidak pernah lekang dari bibirnya. Macam kerang busuk.

Macam k macam. Hakikatnya dia wangi.

"Apa ni Dariel? Benda ni tak lawak!"

Aku hampir menghentak kaki di situ. Geram tak terkata. Tapi terpaksa aku sabarkan hati. Kang ada pula keluar drama di mana Dariel pujuk aku sebab aku menangis macam budak yang tak dapat gula-gula.

"Ada saya kata lawak ke?"

"Ciall lah!"

Haa amek. Aku dah carut. Nasib baik lah aku pelat s. Hahaha tak ada lah. Saja je carut macam tu. Nampak comel kan? Eh tiberr.

"Mulut tu. Nak kena cium ke? Cakap elok-elok tak boleh?" Dariel memeluk tubuh.

"Cakap dengan awak ni mana boleh elok-elok. Mulut awak tu pun boleh tahan pedas tahu tak? Sekali cakap berdas-das perkataan yang menyakitkan hati keluar. Kalau awak pun dah cakap macam tu, tak akan lah saya nak cakap lembut-lembut pula? Sudah lah menipu saya. Apa? Fikir menipu tu baik ke haa? Mana awak belajar menipu ni? Eii tak guna! Benci! Benci!"

Aku menghentak kaki kuat. Sorry sikit. Ini bukan aku versi manja nak hentak-hentak kaki, tapi aku geram. Kalau boleh bukan hentak kaki je, dengan kepala Dariel pun aku nak hentak sekali.

"Ya Allah geramnya aku dengan budak ni."

Perlahan sahaja suara Dariel berkata. Lebih kepada bercakap dengan diri sendiri sebenarnya. Tapi telinga aku laju aje menangkap bait katanya.

"Awak tau geram awak je. Geram saya ni? Kalau ikutkan hati nak aje saya hentak kepala awak guna helmet. Biar otak yang mereng tu jadi betul sikit. Tak ada lah nak menipu orang aje kerjanya. Kalau nak menipu pun agak-agak lah. Saya tak--" belum sempat aku habiskan ayat, Dariel sudah menolak aku kasar ke dinding. Badan aku sedikit terhentak. Tak ada lah sakit mana. Tapi sakit lah juga. Dinding kut.

Dariel mengunci pergerakan aku dengan meletakkan sebelah tangan nya sederet dengan kepala aku. Manakala jari sebelah tangan nya lagi berada di bibirku. Tanda senyap.

Terkedu aku ketika itu. Kedudukan aku dan dia amat rapat. Bila-bila masa sahaja hidung kami akan bersentuhan.

Ya Allah selamatkan aku dari syaitan ini.

Eh silap. Maksud aku, dari Dariel.

"Senyap dah?"

"Tak. Belum sebenarnya tap--"

Dariel merapatkan lagi jarak di antara kami. Aku menutup mata. Kejadian apa ni? Katakan pada aku yang sekarang ini aku tengah mimpi.

Lama kami berkeadaan begitu. Perlahan-lahan aku membuka mata kembali. Kedudukan Dariel masih sama. Dia sedang merenung seluruh inci muka ku. Dari dahi, mata, hidung dan akhirnya di bibir. Lama. Selepas itu, matanya naik kembali ke sepasang mata milik aku.

Aku menahan debar di dada. Kenapa tak ada orang pula time ni? Jadi spoiler ke. Boleh lah aku lari dari dia. Aku memerhati keadaan. Salah pilih location lah pulak. Sepatutnya aku suruh dia jumpa aku dekat dapur, bukan dekat belakang rumah ni.

"Err...awak tak rasa ke...kita rapat-rapat ni...haram? Kita berdua ni. Ada orang ketiga macam mana?"

"Kalau macam tu, kita halalkan."

"Jangan nak merepek gila!"

"Mulut."

"Suka hati saya lah. Mulut saya."

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now