45 : ♡ | The end

136K 4.4K 673
                                    

Setahun kemudian.

"Do you like it?" Suara romantik Dariel menyapa gegendang telinga Hani.

Tangan Dariel yang dilingkar di pinggangnya diusap perlahan. Tangan berurat, kasar tapi best dipegang. Heh.

Hani angguk sebagai jawapan. Mereka kini sedang berdiri di balkoni sambil melihat pelbagai bunga rose berlainan warna yang sudah dijadikan taman oleh Dariel. Bersusah payah suaminya itu mengerah keringat untuk memenuhi impiannya untuk ada taman bunga rose.

Hani kemudian memusing badannya menghadap Dariel.

"I love it so much. Thank you abang." Sebuah kucupan hangat penuh kasih sayang dihadiahkan di kedua pipi Dariel. Tanda terima kasih.

"Pipi je?" Dariel angkat-angkat kening. Hani ketawa dan hidung Dariel dipicit perlahan.

"Tak payah nak mengada ya abang. Qaib ada kat dalam tu."

"Lah kenapa pun kalau ada Qaib? Dia tengah tidur, so tak pe. Meh sini cepat." Dariel letak jari telunjuk di bibirnya.

"Tak nak. Abang tu mana boleh kiss kat situ sangat. Nanti jauh perginya."

Hani tolak muka Dariel yang merapat dengan wajahnya menggunakan tapak tangan. Tapi habis tangannya digigit Dariel.

"Apa ni abang." Hani cebik. Tangannya yang terdapat kesan gigi dan air liur Dariel diusap perlahan. Sakit tahu?

"Itu love bite versi dekat tangan. Dekat leher kita buat nanti, okay baby?" Dariel kenyit mata. Dia pusing kembali badan Hani agar belakang isterinya itu tersandar di dadanya. Isterinya dipeluk erat dari belakang.

"Sayang."

"Hmm."

"Kalau kita tinggal Qaib for a few days, Hani ok tak?"

Tiba-tiba Dariel menyoal. Soalan itu memelikkan Hani.

"Kenapa?"

"Sebab---" Dariel biarkan ayatnya tergantung. Sengihan di bibir diukir.

"Sebab?" Hani tanya tidak sabar.

"Sebab abang nak bagi adik dekat Qaib. Kita pergi honeymoon ya sayang? Dulu tak sempat nak pergi. Jom?"

Perlahan saja suara Dariel kedengaran tepat di telinga Hani. Bibirnya menekap di belakang telinga isterinya itu sampai malu Hani dibuatnya.

"Siapa nak jaga Qaib?"

"MasyaAllah sayangku, ummi ada. Mummy pun ada. Abang dah cakap dekat mereka. Mereka sanggup jaga gilir-gilir. Kita pergi lama pun tak pe katanya."

Pftt. Ummi dengan mummy berkomplot dengan Dariel ke apa ni?

Hani diam. Entah lah, dia tak tahu. Risau dia nak tinggalkan Qaib macam tu aje sebenarnya. Sudah lah anaknya itu masih menyusu badan.

Tapi bila difikirkan pula suaminya itu yang sekarang makin susah nak dapat cuti, dia akhirnya angguk.

"Serious sayang?"

"Serious lah."

"Aww. Thank you! Ok let's!" Dariel tarik tangan Hani untuk masuk ke dalam bilik. Hani terkejut.

"Pergi sekarang ke?"

"Tak. Esok. Kita packing dulu."

"What? Tak cakap pun dekat Hani yang abang dah book ticket flight."

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now