13 : ♡

100K 5.2K 640
                                    

Hari ini, aku datang ke universiti seperti biasa. Masuk dewan kuliyah, balik, makan, tidur, buat assignment. Benda yang sama diulang selama berbulan-bulan.

One month left, and I'll be freedom.

Memandangkan aku sudah berada di tahun akhir, jadi aku kena struggle betul-betul.

Aku sibuk melukis beberapa rekaan baju yang terbaru. Sambil duduk di sebuah kafe berdekatan dengan universiti yang aku belajar.

Syira ada kelas petang ini. Jadi, aku hanya berseorangan di kafe. Telefon aku berbunyi menandakan ada mesej masuk. WhatsApp aku buka.

Balik cepat. Ada tetamu istimewa.

Mesej dari umi aku baca.

Siapa? Soal ku sendiri.

Aku ingin bertanya, tapi umi dah last seen. Hmm malas lah nak balas. Bukan nya umi reply cepat. Kadang-kadang esok baru dia balas.

Aku ingin mematikan skrin telefon, tapi nama Dariel Lutfan membantutkan niatku. Nama nya yang aku pinned agar terletak paling atas itu aku pandang lama.

Sudah lama tak nampak dia. Sejak kenduri di rumah Syira beberapa bulan lepas, dia tidak lagi menghantar mesej ke apa. Aku mengeluh perlahan dan menggeleng kepala.

Kenapa pula aku nak teringatkan dia?

Wake up Hani Daerina. Dia tu pilot. And kau akan jadi fashion designer. Mustahil kau dengan dia akan berjumpa lagi.

Tapi, dia kata aku dengan dia ada masalah yang belum diselesaikan lagi.

Dari hari itu aku tertanya-tanya. Masalah apa? Aku mahu menghantar mesej, tapi tak berani. Akhirnya, aku pendamkan saja persoalan aku itu.

Lagipun, aku rasa biarlah jadi macam ni. Tak perlu lagi kut kami nak berhubung memandangkan hubungan kami tidak lah rapat mana. Kalau nak dikirakan, tak ada lah lama mana kami kenal. Baru empat bulan macam tu.

Kalau dia nak ingatkan aku balik pasal masalah yang belum diselesaikan itu, pandai-pandai lah dia cari aku. Tak perlu kut aku yang cari dia dulu.

Akhirnya, nombor telefon Dariel Lutfan aku padam. Di Whatsapp pun sama aku padam dan unpinned.

Bye bye the cold pilot.

Lelaki yang sometimes beku, sometimes annoying dan sometimes irresistible yet seductive.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

Aku berbaring menelentang memandang siling. Sesaat kemudian, aku mengambil bagasi yang aku terambil di airport tempoh hari.

Bagasi itu aku buka. Baju-baju lelaki itu aku pegang dan bawa ke hidung. Ada yang masih wangi. Dan ada juga yang sudah berbau masam. Mungkin terlampau lama terperuk di dalam bagasi dan di bawah katil.

Lantas aku membawa kesemua pakaian itu ke bilik air. Mahu mencuci pakaian-pakaian tersebut.

"Baju siapa tu?" Suara angah kedengaran di belakang aku. Tanpa memandang dia, aku menjawab.

"Pakwe."

"Cakap lah betul-betul."

"Betul lah."

"Tipu."

"Mana ada tipu."

Angah hanya menjeling tajam. Aku ketawa halus cuma. Tiada mood untuk memberitahu angah. Mungkin sebab hari ni second day aku period. So mood ke laut.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now