17 : ♡

91.8K 5K 1K
                                    

Aku menjalani kehidupan seperti biasa.

Sebagai Hani Daerina of course. Syira, kawan aku sudah bergelar cikgu sekolah rendah. Selalu lah juga aku berjumpa dengan dia kalau dia sedang bercuti.

Aku melihat jam di pergelangan tangan. Lagi beberapa jam aku akan flight ke Korea.

Ouh yeah.

Sudah lama aku bercadang ingin pergi ke sana. Tapi sekarang baru ada kesempatan untuk travel ke Korea.

Cadangnya, mahu pergi bersama Syira, tapi dia ada hal pula. Terpaksa lah aku melancong seorang diri.

Camera DSLR sudah tersedia sangkut di leher. Ini semua along dengan angah punya pasal lah. Dia yang membuatkan aku addicted dengan kerja photography ni.

Aku berjalan ke balai berlepas. Sempat aku on the phone sebentar dengan Kak Wawa, kakak iparku. Baru sebulan mereka berkahwin, Kak Wawa disahkan mengandung.

Alhamdulillah, rezeki. Excited juga sebab aku bakal menjadi seorang makcik.

Seorang pramugari menyambutku dengan senyuman manis saat aku melangkah masuk ke dalam pesawat. Aku membalas senyuman.

Aku mencari tempat duduk ku. Tiba-tiba, aku teringat akan sesuatu. Pantas aku memandang ke belakang, mencari muka pramugari tadi. Macam pernah nampak, tapi entah di mana.

Aku mengangkat sebelah bahu. Malas lah mahu ingat balik. Aku duduk di tempat aku. Tidak lama selepas itu, kapal terbang mula berlepas naik ke udara.

Aku duduk termenung di tepi tingkap. Melihat awan membiru yang berkepul-kepul. Sekejap-sekejap kapal terbang bergegar sedikit akibat perlanggaran awan. Aku yang sudah biasa, tidak lah takut mana, tapi dalam hati berdoa juga semoga perjalanan pergi dan balik ku selamat.

Aku membuka laptop yang aku sentiasa bawa kemana-mana. Aku mula menulis di dalam blog.

Sudah bosan, aku termenung lagi sekali. Aku memandang ke hadapan. Siapa ya yang bawa kapal terbang ni?

Pantas otakku teringat pada Dariel Lutfan. Lelaki yang sudah berjaya mencuri hatiku.

Betul kata orang, bila dia dah tak ada, baru masa itu kita nak rasa rindu dan menyesal sebab tidak meluah perasaan lebih awal.

Macam situasi aku sekarang ini. Dariel dah bertunang, baru aku rasa yang aku betul-betul suka dia.

Klise tapi itulah hakikatnya.

Walaupun perkenalan aku dengan dia hanya atas sebab sebuah bagasi dan pertemuan itu tidak sampai setahun, itu sudah cukup membuatkan aku jatuh suka dengan Dariel.

Sedangkan ada orang yang jatuh cinta hanya beberapa bulan, inikan pula aku.

Dariel Lutfan. Nama itu meniti di bibirku. Dia tu ermm entah lah. Dia punya tahap perasan dengan perangai annoying dia tu yang buatkan aku suka.

Aku menongkat dagu memikirkan si dia. Mesti Dariel dah bahagia kan sekarang ni?

Ye lah, last aku jumpa dia tempoh hari ketika kenduri di rumahku dan masa itu tup tup aku baru tahu dia sudah bertunang dengan Heidi, mesti lah dia dah kahwin kan? Entah-entah mereka sedang bergembira sekarang ni sebab tidak lama lagi mahu menimang anak.

Kenapa kau tak pilih aku Dariel?

Aku ketawa sendiri dengan persoalanku itu.

Ouh please, Dariel tu pilot. Taste dia mesti lah high class babe.

Tapi sebenarnya, aku sakit hati juga dengan dia. Kenapa dia tipu aku? Kenapa dia tak kata dia dah bertunang?

Sebab itu lah, aku bawa diri sampai ke negara empat musim ini. Air mata aku sedikit menitis di pipi.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now