06 : ♡

98.2K 5.7K 262
                                    

Aku seperti hilang punca. Direnung oleh seorang lelaki seperti ini membuatkan aku rasa lain. Mungkin sebab aku tak pernah ditenung oleh mana-mana lelaki ajnabi sebelum ini.

Aku mula bermain dengan hujung baju aku. Mulut tak tau nak kata apa. Kelibat Along dan Angah sudah tidak kelihatan.

Along Angah? Teringat abang-abangku itu, terus aku melihat sekeliling.

Ya Allah, mana diaorang? Aku mula gelabah. Dariel Lutfan yang masih merenung aku itu aku abaikan. Berpusing-pusing aku mencari mereka berdua. Bukan jauh pun aku pergi, pusing dekat tempat yang sama je. Mana nak jumpa?

Tiba-tiba, ada satu tangan memegang tangan aku. Drastik aku memandang gerangan tersebut.

"Ikut saya."

Suara dia. Beku. Tiada langsung intonasi peramah, membuatkan aku hanya mengikut sahaja langkah dia.

"Err..nak pergi mana ni encik?"

Dia hanya diam.

Aku cuba menarik tangan aku dari genggaman dia. Tapi, dia makin kuatkan pegangan.

"Encik, saya nak car―"

"Diam."

Terus aku terdiam. Hek eleh mamat ni apehal suruh aku diam?

"Ish, tepi lah. Saya nak cari―"

"Saya kata diam."

Dia merenung aku tajam. Aku mendengus perlahan.

Ya Allah sumpah aku menyampah.

Akhirnya aku ikut apa yang dia kata. Memandangkan dari gaya dia yang macam tak ada agenda jahat, jadi aku terus mengikuti langkah dia sehinggalah aku dengan dia berada di luar lapangan tersebut.

"Now, call lah orang yang awak nak cari tu."

"Huh?" Keningku ternaik. Masih tak dapat menangkap maksud ayat dia sebentar tadi. Dia aku lihat hanya memutarkan bebola mata ke atas.

Eleh, tau lah mata lawa kan.

"Awak ni, lepas tenung saya tadi memang blur ke apa?"

Terus aku ternganga. Excuse me? What did he said?

"I'm sorry?"

Aku mendongak memandang dia. Dia juga turut memandang ke arahku. Jelas terukir senyuman sinis di bibir merahnya. Mungkin dalam hati sedang menggelakkan diri aku yang hanya tinggi separas dada dia.

"CALL.ORANG.YANG.AWAK.NAK.CARI. TADI. Saya tak ada masa nak tunggu dengan awak kat sini. Dan disebabkan awak jadi macam ni sebab tenung saya yang kacak ni tadi, jadi saya tolong awak sampai sini aje. Jangan fikir awak tu lawa ke special ke or whatever."

Like seriously?

Ya Allah manusia dari planet mana lah yang aku jumpa ni?

"Hello encik? Saya tak suruh pun encik tolong saya. Kalau encik tak ada pun, saya boleh survive."

"Ouh really? Habis kenapa tadi saya tengok macam orang hilang anak? Dari jauh saya tengok awak pun, saya tau awak tak tau nak buat apa. First time travel ke apa? Lain kali kalau tak reti survive, tak payah travel. Duduk rumah."

Mohon seseorang bagi aku bagasi. Aku nak hempuk muka lelaki ni yang sesedap maggie kari dia aje cakap macam tu.

"Eh menyampah lah dengan encik ni. Apa? Ingat encik tu hebat sangat ke jadi pilot? Suka hati encik je cakap macam tu."

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now