05 : ♡

105K 5.7K 943
                                    

Lepas aje aku balik dari Pavillion tempoh hari, terpaksa lah aku menipu umi dan kata yang Syira terpaksa balik ke kampung so aku tak dapat ambil bagasi tu.

Nasib baik umi percaya. Dan sejak hari tu, tak ada pun Dariel Lutfan tu call aku.

Huh, rasa menyesal pun ada bagi dia nombor telefon aku.

Dariel Lutfan. Sedap pula nama tu. Sudah aku agak dia mesti ada mix.

"Adik!"

"Apa?" Aku mendengus perlahan. Menganggu ketenteraman seketul Hani Daerina je. Ergh tau lah sekarang ni aku tengah cuti semester.

"Buka pintu ni kejap."

Aku melangkah ke arah pintu. Tombol aku pulas. Muka Along aku pandang dengan muka bosan.

"Haa nak apa?"

"Amboi garang bukan main erkk."

Along aku mencubit kedua-dua pipi aku. Pantas aku menepis. Tidak suka orang memegang pipi aku. Tau lah gebu.

"Straight to the point please."

"Ni."

Along aku menunjukkan sesuatu yang berada di tangannya. Mata aku automatic mengecil melihat benda itu.

Ticket pergi Amsterdam!

"Oyemji! Seriously Along?!"

Aku memandang Along aku dengan muka terkejut. Dalam hati excited juga.

"Yup serious. Along tau adik Along ni suka travel. So, Along beli ticket ni. Untuk tiga orang."

Kening aku ternaik sedikit. Tiga orang? Siapa lagi dua? Macam tau-tau apa yang ada di dalam kotak fikiranku, Along memberitahu.

"Adik, Along dan Angah."

"Huwaa! Bestnya! Bila Angah nak balik?"

Aku sudah terkinja-kinja di depan pintu. Along hanya melepaskan tawa sebelum menjawab soalan aku.

"Lusa dia balik. Tiga hari selepas tu, baru kita pergi."

Terus aku memeluk Along aku. Sumpah aku cakap, aku makin sayang dengan abang sulung aku ni. Hahaha.

"Tapi―"

"Tapi?"

"Adik tak ada bagasi."

"Tapi hari tu bukan ke―"

"Along punya pasal lah! Ambil bagasi adik. Tak bagitau pula tu. Terpaksa lah adik guna umi punya. Lepastu kan, nak tau apa jadi?"

Aku tarik Along masuk ke dalam bilik.

"Apa jadi?"

"Meh adik cerita."


· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

Aku dan Along berlegar-legar di dalam mall itu sambil memegang ice cream cornetto.

"Nampak macam sedap kan makanan kat situ?" Aku memandang ke arah sebuah restoran masakan kampung. Walaupun aku duduk di bandar, tapi selera aku more to masakan kampung.

Sebabnya sejak aku balik kampung dua tahun lepas, nenek aku selalu masakkan makanan kampung. Ikan goreng, pucuk ubi masak lemak dan sambal belacan nenek memang the best!

"Kalau lapar cakap aje lah lapar. Tak payah berkias-kias."

Aku hanya mampu menayang sengih. Memang tengah lapar pun.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now