23 : ♡

118K 5.5K 1.6K
                                    

Aku melihat orang ramai yang mula hadir di rumah abah dan umi dari balkoni bilik. Hati berdegup kencang dari tadi. Mana tidaknya, hari ini akan jadi hari paling bersejarah dalam hidup aku. Aku akan berkahwin dengan Dariel Lutfan sekejap saja lagi.

Sudah tiga bulan aku tidak bertemu dengan dia. Selepas beberapa minggu membeli cincin tempoh hari, kami terus mengikat tali pertunangan.

Memandangkan Dariel tika itu sudah kembali bekerja kerana dia mempunyai flight, dia tidak dapat hadir dalam majlis itu.

Hari inilah aku akan berjumpa dengan dia buat pertama kali selepas sudah tiga bulan tidak berjumpa.

Sepanjang tempoh itu, aku dengan dia langsung tidak pernah berhubung. Bila aku mahu berbincang pasal perkahwinan, aku disuruh untuk berbincang dengan wedding planer, bukan dengan Dariel.

Stress aku. Aku yang nak kahwin, teringin juga nak merasa handle wedding sendiri.

Umi pula ada kata biarlah tak berjumpa. Biar rindu bertamu di hati. Masa lepas kahwin, lepaskan lah rindu tu. Aku pun tak tau lah adat mana umi ikut. Sabar aje lah. Lepastu katanya darah manis, tak boleh berjumpa.

Haih entah lah nak.

Dengan tempoh tiga bulan itu jugalah aku manfaatkan dengan benda yang sepatutnya.

Pergi salon, spa and bersihkan apa yang patut dibersihkan. Aku malas sebenarnya, tapi umi yang paksa. Bila ditanya untuk apa, katanya berhias untuk suami.

Faham lah aku apa yang umi maksudkan. Bersedia untuk malam pertama bersama suami. Jauh umi aku fikir. Aku pun belum berfikir sampai ke tahap itu.

Aku masuk ke bilik. Pintu gelangsar aku tutup. Aku berdiri di hadapan cermin. Menilik diri sendiri yang sudah siap berpakaian pengantin.

Aku memegang baju pengantin berwarna putih itu. Baju ini Dariel yang pilih. Aku ikutkan sahaja bila dia kata ianya nampak cantik kalau aku pakai.

[ imagine yang baju tu tutup bahagian bahu dan tak terdedah sampai nampak kulit macam tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ imagine yang baju tu tutup bahagian bahu dan tak terdedah sampai nampak kulit macam tu. Daerin pakai tudung ye 😂]

"Ouh my god! Cantik nya kau Daerin!"

Syira masuk ke dalam bilik ku sambil menjerit. Aku mengurut dada. Terkejut aku. Masuk tak ketuk pintu.

Syira berjalan mengelilingi aku. Dia melihat aku atas bawah dengan muka teruja.

"Sumpah lawa."

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now