++ : ♡ 'Bonus chapter

86.1K 3.7K 630
                                    

"Sayang, baju kemeja abang mana?" Tanya Dariel bila dia sudah keluar dari bilik air dengan hanya sehelai tuala membaluti pinggangnya.

Hani yang sedang menyeterika jubahnya memusingkan badannya. "Kejap ya abang. Hani ambilkan."

Kata Hani dan dia menutup suis seterika. Dia menuju ke katil dan mengambil sehelai baju kemeja berwarna maroon yang sudah siap diseterika dan mendekati suaminya.

"Pakai lah singlet dulu abang." Tegur Hani bila Dariel hanya tercongok di situ.

Dariel tayang sengih. "Sayang lah pakaikan."

Hani jeling. "Manja mengalahkan anak-anak." Ejek Hani lalu dia mengambil singlet putih Dariel di dalam closet.

"Nah." Singlet itu dihulurkan pada Dariel.

"Kan abang kata pakaikan." Dariel buat wajah serius.

Hani cebik. Dia merapatkan badannya dengan Dariel dan disarung singlet itu pada badan sasa suaminya.

Dah tua pun masih sado. Payah begini, asyik tergoda je. Hmm, kata Hani dalam hati.

"Diam tu fikir apa?" Tanya Dariel dengan keningnya yang sedikit ternaik.

Hani gigit bibir bawah dan senyuman menggoda diberi. "Fikir pasal abang lah. Geram, rasa nak gigit."

Hani kemudian menggigit dada kanan Dariel. "Ouww, sakit lah sayang."

Adu Dariel dengan cebikan di bibir. Hani tergelak kecil. Bibir merah Dariel dipagut sekejap sambil tangannya naik mengusap dada suaminya.

"Siapa suruh abang seksi sangat. Hani tergoda lah." Hani berkata selamba lalu dia mengambil kembali kemeja tadi.

"Sayang lagi seksi kalau nak dibandingkan dengan abang. Sampai abang pun rasa macam---"

Dariel sengaja buat ayatnya tergantung. Dia menarik Hani rapat dengannya dengan tangannya dilingkarkan pada pinggang Hani.

Kepalanya dibawa ke leher Hani. "--- macam nak gigit sayang." Serentak Dariel gigit perlahan batang leher Hani.

"Abang. Tinggalkan kesan nanti, malu Hani." Tegur Hani, pura-pura marah. Padahal dalam hati suka.

"Tak apa, sayang kan pakai tudung nanti."

"Hmmm." Hani sudah menyerah. Dia menutup mata bila terasa bibir Dariel bergerak-gerak di lehernya.

"Ouww!" Jerit Hani bila Dariel lagi sekali menggigit lehernya. Sudah digigit, ditarik pula.

Dariel mencium leher Hani sekali sebelum menjauhkan wajahnya. "There you go. My love bite on your neck makes you look more sexy. I love it." Puji Dariel dengan suara romantiknya.

Hani sudah memerah muka. Malu.

Dariel senyum melihat reaksi isterinya. Hidung Hani dipicit perlahan. "Jangan malu macam tu. Itu maknanya sayang nak lebih. Katil dekat tu, nak?"

Juih Dariel pada katil bersaiz king tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

"Hish, abang ni." Marah Hani sambil tangannya memukul lembut bahu Dariel.

Dariel hanya ketawa mengusik. Alahai, malu. Padahal mahu. Sengaja lah tu tak nak mengaku.

"Sudah lah. Meh Hani pakaikan baju." Hani menyarung kemeja ke badan Dariel. Kemudian, kesemua butang dicantumkan.

"Mummy daddy! Cantik tak Aila?" Suara Aila memenuhi ruang bilik bila  perempuan belasan tahun itu menerobos masuk ke dalam bilik tidur Hani dan Dariel.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now