08 : ♡

95.8K 5.1K 570
                                    

Hari kelima berada di Amsterdam, rasa bertambah semangat aku nak pergi jalan-jalan.

"Along! Angah! Jom shopping!"

Aku menari-nari di hadapan mereka yang ketika itu sedang menonton televisyen.

"Adik pergi lah. Along dengan Angah penat. Lagipun, kami dah pernah pergi Amsterdam. Jadi, kami dah puas berjalan."

Aku hanya mencebik. Macam-macam. Aku rasa kalau aku diberi peluang lagi untuk datang ke sini, rasanya masih tak puas berjalan.

"Tak bestnya jalan sorang-sorang." Aku menghempaskan badanku di atas sofa. Walaupun sudah sedikit sebanyak aku pandai bawa diri dekat negara orang, tapi nak berteman juga.

"Dariel dah balik Malaysia ehh?" Soalan daripada Angah itu membuatkan aku terus duduk tegak.

"Kenapa pula dia balik Malaysia?" Aku menaikkan kening ku sebelah.

"Lah, adik awek dia, tak kan tak tau?"

"Adik bukan awek dia lah!" Aku menghentak kan kaki.

Tak nak Dariel Lutfan! Dia annoying.

"Tak kisah lah. Yang pastinya you guys nampak cute. Auch." Angah ketawa mengusik. Along pun turut ketawa. Aku sudah mendengus kasar.

"Benci lah macam ni." Aku terus masuk ke dalam bilik. Rasa tiada mood lah pula nak berjalan hari ni.

'Wahai bilik, hari ni dikau lah menjadi peneman aku.'

Kenapa dia balik Malaysia? Soalan itu terngiang di kepalaku.

Aku membuka aplikasi WhatsApp. Nama Dariel Lutfan dicari. Nak mesej, tapi tak berani.

Eh kenapa pula aku nak mesej dia?

Aku menggeleng kepala. Sewel kau Hani Daerina. Dia tak ada kaitan dengan kau pun. Aku melihat chat lama kami. Tiada lagi balasan darinya. Dia bagi aku bluetick.

Even dia boleh dikategorikan strangers dalam hidup aku, tapi hati tetap sakit juga kalau kena bluetick. Tak guna.

Aku mencampak telefon ke katil. Aku berbaring menghadap siling. Termenung di siang hari. Lama juga aku berkeadaan macam itu. Pandangan aku jatuh kepada telefon di sebelah semula.

Kalau aku chat sekali tak pe kut? Tak rasa yang macam aku ni perigi mencari timba kan? HAHAHA.

"Ah, chat je lah."

Aku mula menaip. Tulis kemudian padam.

Tulis dan sesaat selepas itu padam semula.

Tulis lagi. Tapi padam juga.

Apa masalah entah. Gaya aku macam wanita nak bersalin je. Nervous semacam.

Aku menarik nafas dan dihembus perlahan. Hani, kau boleh. Aku menaip semula dan butang send ditekan.

Dariel. Along dengan Angah tanya. Awak dah tak ada kat Amsterdam ke?

Bantai lah Hani. Menipu pun menipu lah.

Aku mencampak telefon ke atas katil kembali. Aku menekup muka dengan bantal.

Tak tau malu betul kau ni Hani. Selalunya lelaki yang chat aku, ini aku pula yang chat lelaki.

Seminit. Dua minit. Tiga minit. Tiada balasan. Aku melihat skrin, dia online!

Cis! Bukan tau nak baca aku punya chat ke apa.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now