30 : ♡

105K 4.5K 739
                                    

"Entah lah Daerin. Mungkin ini balasan untuk I sebab tinggalkan lelaki yang betul-betul cintakan I dulu."

Alana mengacau-ngacau airnya. Dia diam sejenak sebelum menyambung.

"Dulu, dia selalu ada untuk I. Jujur I cakap, dia lah lelaki paling baik I pernah jumpa. Disebabkan dia baik sangatlah, I tak sanggup sakitkan hati dia. Jadi, I ambil kesempatan untuk pergi dari hidup dia. Tinggalkan dia macam tu je tanpa apa-apa pesan."

Alana melepaskan keluhan. Dia bersandar di kerusi.

Aku melihat dalam sepasang mata itu. Ada penyesalan yang teramat sangat di situ.

"Kenapa awak tinggalkan dia?" Soalan itu aku keluarkan. Perlahan cuma. Takut dia tak suka. Alana tersenyum sahaja mendengarnya.

"It's okay Daerin. Tanya je apa yang you nak tanya. I memang nak luahkan perasaan to someone sekarang ni. Soalan you tadi, kenapa I tinggalkan dia? Sebab I suka lelaki lain. I pun tak tau kenapa masa tu I bodoh sangat sedangkan Lutfan tu dah terlebih baik untuk I."

Terus aku tersedak mendengar nama itu meluncur keluar dari mulut Alana. Terbatuk-batuk aku di situ.

"Daerin, you okay?"

"I'm okay." Aku mengurut tekak yang terlindung di sebalik tudung.

"Continue cerita awak."

"Ok. Then, after I tinggalkan dia, I kahwin dengan Noah. Dapatlah Alex dengan Ariana. After two years married, Noah mula tunjuk perangai sebenar dia. Dia curang. Dia ada perempuan lain. Dan end up, dia tinggalkan I macam mana I tinggalkan Lutfan dulu."

Aku berdeham membetulkan suara. Banyak perkara aku ingin tanyakan pada Alana.

"Alana..."

"Yes?"

"Awak masih sayangkan Lutfan tu?" Aku menarik nafas selepas bertanya. Menunggu jawapan dari Alana membuatkan jantung aku berdetak laju.

Perlahan Alana menganggukan kepalanya. Sah, ini adalah Naila.

"I masih sayangkan dia. Salah satu sebab kenapa I balik Malaysia adalah nak cari dia dan betulkan semua kesalahan yang I dah lakukan pada dia. Jujur, I still love him. Cinta I pada Noah hanya lah bala semata-mata."

"Alana, kalau lah awak balik Malaysia ni dan dapat tau yang Lutfan tu dah kahwin, awak nak buat apa?" Sengaja aku mengajukan soalan begitu.

"Kalau dia dah kahwin, I tak boleh nak buat apa. Asalkan dia bahagia, itu dah cukup untuk I. Tapi kalau Lutfan masih single, I tak akan teragak-agak untuk dapatkan dia semula." Alana menjawab yakin. Matanya bersinar seolah harapan yang Dariel masih belum kahwin itu ada. Walhal hal itu sebaliknya. Dia dah kahwin Naila. Depan awak ni isteri dia. Isteri dia yang sah. Monologku dalam hati.

"Sebenarnyakan Alana, saya macam pernah nampak muka awak. Tapi tak tau dekat mana. Muka awak nampak familiar."

Aku duduk tegak. Menanti jawapan.

"Ouh mungkin itu pelanduk dua serupa. Kalau you nak tau, ini bukan muka sebenar I tau."

"Maksud awak?" Kening automatik ternaik.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now